MAKLUMAT AKTIVITI/ MAJLIS DALAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalamualaikum wm.wbr. dan salam sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar kerap menghadapi masalah bagi menyalurkan maklumat kepada pihak yang bertanya mengenai aktiviti dan majlis samada rasmi atau tidak rasmi di dalam UTM kerana tiada maklumat. Begitu juga Bahagian Keselamatan tidak dapat menyediakan aspek keselamatan terhadap aktiviti/ jika berlaku masalah keselamatan semasa majlis berlangsung. Ini sudah tentu menimbulkan masalah kepada penganjur aktiviti/ majlis serta memberi gambaran yang tidak baik kepada pihak Bahagian Keselamatan dan Universiti.
2.  Justru itu pihak Bahagian Keselamatan sekali lagi memohon kerjasama dari semua pihak, jika mengadakan sesuatu aktiviti/ majlis/ program di dalam kampus samada melibat orang luar/ orang dalam sahaja hendaklah memberitahu secara email/ telefon kepada PENGARAH KESELAMATAN Universiti Teknologi Malaysia dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah”
Saya yang menjalankan amanah
ROSELAILE BIN SAMAH
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar
b.p Pendaftar
Email: roselaile@utm.my

Speak Your Mind

*