Mineral water endowment UTM

Endowmen UTM terus komited untuk menambah jumlah dana sedia ada bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, terutama dengan mengambilkira lebih kurang 40 peratus pelajar UTM adalah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan (B40).  Endowmen UTM telah memberikan biasiswa kepada 635 pelajar (sehingga 2017) kepada pelbagai program pengajian, fakulti, sekolah dan kaum serta memberi bantuan kewangan kepada lebih150 pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Pada kesempatan ini,  Endowmen UTM ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya staf, pelajar dan alumni UTM yang telah bermurah hati untuk menderma ke tabung Endowmen sama da secara tunai ataupun melalui potongan gaji.  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada individu dan syarikat di luar UTM yang telah menderma ke Tabung Endowmen UTM.
 
Sekadar perkongsian, sebanyak 30 pelajar  yang mendapat Biasiswa Endowmen Merdeka UTM telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduan pada sesi II sesi 2017/2018.
 
image.jpeg
 
Pada Sesi 2018/2019, sebanyak 34 Biasiswa Endowmen UTM telah ditawarkan kepada pelajar dengan nilai biasiswa RM9,000 hingga 12,000 setahun.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Unit Endowmen bagi menambah dana Endowmen UTM, antaranya menjalankan Projek Air Mineral  dengan jenama “Endowmen”.  Endowmenmerupakan air mineral semulajadi yang dibotolkan dalam dua jenis isipadu iaitu 350ml dan 500ml.  Air mineral Endowmen bersumber air bawah tanah di Lot 609 HS(D)/1479 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi Johor yang diproses menggunakan peralatan berteknologi tinggi, rasanya sedap, bersih dan halal serta diproses di kilang yang patuh syariah.  Air Mineral Endowmen sangat sesuai digunakan untuk penganjuran majlis, aktiviti, mesyuarat atau kegunaan peribadi.  Segala keuntungan dari penjualan Air Mineral Endowmen akan digunakan untuk membantu pelajar UTM yang memerlukan bantuan.  
image.jpeg image.jpeg

image.jpeg

Harga Jualan Runcit:
RM19.00 – Satu (1) carton (24 botol) isipadu 350ml atau 500ml.

Sekiranya berminat, sila dapatkan air mineral di alamat berikut:
Unit Endowmen
UTM Eco-Home,  UTM Johor Bahru
(Berhadapan Pusat Ekuin UTM)

Hubungi: 07-5531042 (Puan Zuraidah) / 07-5531043 / 019-7270158 (Baharudin)

Sekian, terima kasih.

“MEMBELI SAMBIL MENDERMA KE TABUNG ENDOWMEN UTM”

 
UNIT ENDOWMEN UTM
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
UTM Johor Bahru
Tel. : 07-5530142/30143
Emel: endowmen@utm.my

Comments

  1. I am curious to find out what bllog system you happen to be
    utilizing? I’m having some smal security problems with my latest site and I would like to find something more safe.
    Do you have any solutions?

    Feell free to visit my page Jual Concrete Readymix (Beton Siap Pakai) Cor Beton Bandung

Speak Your Mind

*