PEMATUHAN PENGGUNAAN LOGO UTM

Assalamualaikum wrt. wbt./Greetings, 
YBhg. Tan Sri/Dato’/YBrs. Profesor/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas serta pemakluman terdahulu adalah dirujuk.
Pejabat Hal Ehwal Korporat merupakan bahagian yang telah dipertanggungjawabkan terhadap program dan aktiviti penjenamaan Universiti. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sebagai usaha menggerakkan program dan aktiviti penjenamaan termasuk menyediakan branding toolkit bertujuan menjadi garis panduan penyeragaman pengenalan UTM dalam pelbagai bentuk. Pemakluman dan peringatan telah di laksanakan melalui pelbagai medium. 
 
Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan masih terdapat  hebahan / promosi yang dikeluarkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) /Fakulti/Kelab/Persatuan di dalam UTM atau rakan kolaborasi yang menggunapakai logo UTM yang salah.  Perkara ini amat mendukacitakan kerana kesalahan penggunaan logo UTM boleh menjejaskan jenama UTM.
Bagi menjamin ketepatan dan keselarasan, semua warga UTM termasuklah pihak yang menjalin kolaborasi dengan Universiti WAJIB menggunapakai logo UTM yang telah diluluskan oleh pengurusan universiti.   Sebarang bentuk rekaan yang menggunapakai logo UTM hendaklah mendapat kelulusan Pejabat Hal Ehwal Korporat. Maklumat lengkap boleh didapati melalui pautan berikut  http://brand.utm.my/toolkit/
 
Sehubungan dengan itu, perhatian dan kerjasama dari seluruh warga Universiti adalah              di mohon untuk memastikan penggunaan logo UTM yang betul. 
 
Pihak Pejabat Hal Ehwal Korporat sentiasa bersedia untuk memberi sebarang penasihatan berkenaan perkara ini.
 
Di atas perhatian dan kerjasana semua berkenaan perkara ini didahului dengan terima kasih.
 
 
Sekian.PEMATUHAN PENGGUNAAN LOGO UTM

Speak Your Mind

*