السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk./Dato’/Prof./Prof. Madya,/ Dr./Tuan/Puan/Saudara,
Perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) telah membuat beberapa penambahbaikan pada borang pengesahan rawatan pergigian staf/tanggungan bagi tahun 2019. Borang tersebut akan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019 dimana staf/ tanggungan yang hendak membuat rawatan pergigian perlu membawa borang berkenaan untuk mendapatkan pengesahan rawatan di klinik.
3. Sehubungan itu, bersama ini dilampirkan borang pengesahan rawatan pergigian staf/tanggungan terbaharu untuk simpanan YBhg. Datuk./Dato’/Prof./Prof. Madya,/ Dr./tuan/puan/saudara selanjutnya. Penggunaan borang ini secara automatiknya membatalkan penggunaan borang lama.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi butiran di bawah:
Noor Amalina binti Abu Bakar
Bahagian Pengurusan Organisasi,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, UTM Johor Bahru,
Johor
Tel : 07-5530130/30130
Faks : 07-5545755
Speak Your Mind