PENJAWAT AWAM ; MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Salam dan Selamat sejahtera, 

 
Apabila bahang pilihan raya semakin dirasai, kita sebagai penjawat awam perlu peka akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
 
Oleh sebab itu, Siri Mesej Integriti pada kali ini ingin berkongsi berkenaan tajuk Mengambil Bahagian Dalam Politik. 
 
Persoalan-persoalan yang selalu timbul di musim ini adalah, adakah sebagai penjawat awam di sebuah badan berkanun, kita boleh terlibat di dalam politik? Adakah peraturan atau undang-undang di bawah badan berkanun sedia ada membenarkan? Dan jika dibenarkan, apakah prosedur yang terlibat dalam mendapatkan kebenaran tersebut? 
 
Sila teliti peruntukkan di bawah Peraturan 20, Peraturan – Peraturan Tatatertib Badan – Badan Berkanun, Akta Badan –Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang jelas menyatakan: 
 

Seseorang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional, adalah tidak boleh terlibat secara aktif dalam aktiviti politik ataumemakai apa-apa lambang sesuatu parti politikdan secara khususnya, dia tidak boleh;  

(a)   membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan 

      suatu pandangan yang berat sebelah tentang apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti-

      parti politik;  

(b)   menerbitkan atau mengedar apa-apa bahan yang mengemukakan pandangannya yang berat

      sebelah atau pandangan orang lain, tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-

      mana parti politik; 

(c)   terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya bagi

      Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri atau apa-apa pemilihan untuk

      apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; 

(d)  bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk 

     atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-

     mana Dewan Undangan Negeri; 

(e)  bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik, atau 

(f)  memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. 

Pegawai Kumpulan Sokongan dibenarkan bertanding/memegang apa – apa jawatan atau dilantik memegang apa – apa jawatan dalam parti politik, dengan syarat;

v Mendapat kelulusan bertulis Lembaga 
 

Pegawai Yang Sedang Cuti ke Tarikh Persaraan dibenarkan dengan syarat,

v Mendapat kelulusan bertulis Lembaga, DAN
v Penglibatannya tidak melanggar peruntukan – peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972
v Permohonan  tidak kurang 3 bulan sebelum tarikh bercuti sebelum persaraannya.
 

Peraturan tidak melarang mana – mana pegawai menganggotai parti politik sebagai anggota biasa.

Berdasarkan penjelasan ringkas ini, diharapkan semua warga UTM memahami dan mengambil perhatian berkenaan perkara ini.

Sebarang pertanyaan/penjelasan lanjut boleh emel ke legal@utm.my atau hubungi talian sambungan Pejabat Am kami di 30391.

Semoga bermanfaat. Terima kasih dan Salam Integriti. 

Moral : Mensyukuri hari ini, mengikhlaskan apa yang telah berlalu. Bersumber: Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 

UTM PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG 

9 APRIL 2018  

Speak Your Mind

*