PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UTM

PERKHIDMATAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UTM, JOHOR BAHRU SEPANJANG PEMERIKSAAN KESIHATAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2017/2018 (10 HINGGA 23 SEPTEMBER 2017)
Sempena Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2017/2018 ini, secara purata daripada jumlah Kemasukan tersebut, seramai 200 orang pelajar akan menjalani Pemeriksaan Kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Johor Bahru pada setiap haribermula 10 hingga 23 September 2017.
Sehubungan itu, semua staf dan keluarga adalah digalakkan untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan diKlinik Panel atau di mana-mana klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan atau kelewatan dalam menerima rawatan yang diperlukan.
Seluruh warga kerja PKU UTM, Johor Bahru ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kampus atas kerjasama yang diberikan dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Yang Benar,


b/p      Pengarah Pusat Kesihatan Universiti

Speak Your Mind

*