Dalam satu kelas, ada dalam 50 orang. Dalam 50 orang ni, mesti ada geng skema, geng makan dalam kelas, geng nakal, geng datang lambat, geng bising dan geng budak-budak luar macam aku. Kalau nak huhahuhahu kena la kawan dengan geng bising. Tapi kalau nak score, kena la kawan dengan geng skema.
Ada sekali, aku tak tahu nak buat assignment. Bayangkanlah, buku rujukan, buku teks, perpustakaan, semua dalam bahasa Jepun! Jadi aku pun cuba tanya dengan geng skema ni..boleh tak bantu aku dengan assignment ni.
Malang seribu kali malang, dia dengan selamba cakap dia tak buat lagi dan tak tahu buat. Padahal aku memang nampak la assignment dia yang dah siap tu elok je diletak sebelah kitorang je! Alahai kedekut ilmu rupanya..
Terus aku rasa macam nak lempang je! Tapi haram..dia kan lelaki hihi.
*************************************************************************************
Sebenarnya bukanlah aku nak kata orang Jepun ni tak baik. Baik…! Kalau dah rapat tu, kebiasaanya diorang sanggup tolong apa saja. Tapi..sementara nak rapat tu, memang payah. Nampak sombong. Tak peramah.
Bila ditanya, sebenarnya orang Jepun ni pemalu. Diorang takut kita tak pandai cakap Jepun, jadi diorang terpaksa cakap English diorang yang berterabur. Bila diorang dah tahu kita boleh kecek Jepun, diorang akan lebih terbuka.
Senang kata, bila melancong atau jalan-jalan di Jepun, jangan harap diorang akan tegur kita, tanya kita dari mana dan sebagainya..sebab diorang memang pemalu atau reserved orang putih cakap.
Yang pasti, pandai-pandailah bawa diri di negara orang. Dalam setandan pisang, pasti ada satu dua yang busuk. Dalam lebih 120 juta penduduk Jepun dan 30 juta penduduk Malaysia, pasti ada yang bermasalah. Bersangkabaiklah ye.. Wassalam ?
https://yukidaisukiblog.wordpress.com/2017/05/24/jepun-indah-khabar-dari-rupa-1-cont/