Tanggungjawab Penilai ELPPT | UTM

Surat Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.3/2018:

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENILAI DALAM MEMBUAT PENILAIAN PRESTASI SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2017

Surat Pekeliling ini adalah dibaca bersama Pekeliling Pentadbiran Bil. 36 Tahun 2017 mengenai  pelaksanaan penilaian prestasi staf secara atas talian (online) bagi tahun 2017 (e-LPPT/e-LNPT 3600/e-LNPT). Terdapat dua peringkat pegawai yang terlibat dalam membuat penilaian prestasi terhadap Pegawai Yang Dinilai (PYD) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK). 

Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua bertanggungjawab menentukan penilaian prestasi dilakukan secara teratur, objektif adil dan telus berdasarkan panduan berikut:-

  1. Penilaian dibuat secara berterusan berdasarkan pencapaian kerja sebenar Pegawai Yang Dinilai (PYD) sepanjang tahun dinilai;
  2. Penilaian tidak dibuat secara tergesa-gesa atau dilakukan di saat akhir;
  3. Penilaian dibuat tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun sebelumnya;
  4. Penilaian dibuat dengan keyakinan bahawa Pegawai Yang Dinilai merupakan aset terpenting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa;
  5. Penilaian tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh dianggap sebagai pilih kasih;
  6. Pegawai Penilai tidak bersifat terlalu murah hati (lenient) atau sebaliknya;
  7. Pegawai Penilai tidak mengambil jalan mudah dengan memberi markah dalam lingkungan pertengahan sahaja; dan
  8. Tidak memberi perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif, yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai.

Sehubungan dengan itu, semua pegawai penilai (PPP/PPK) hendaklah mengambil maklum akan hal ini supaya dapat menghasilkan penilaian yang objektif, adil dan telus. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi keseragaman tempoh penyelesaian proses keputusan markah supaya memudahkan beberapa urusan penting seperti kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, temuduga, pengesahan jawatan dan sebagainya. Tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pegawai penilai (PPP/PPK) yang gagal menyelesaikan penilaian yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Speak Your Mind

*