UTM STAR RATING 2018

PELAKSANAAN PENARAFAN BINTANG BAGI PROJEK PEMINDAHAN ILMU TAHUN 2018

 

Penarafan bintang (Star Rating)  bertujuan untuk mengukur keberkesanan projek, impak dan manfaat serta perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti agar lebih lestari. Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik yang telah mendaftar projek pemindahan ilmu / teknologi di RADIS bagi tahun 2018 untuk mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan.

Sebagai insentif, markah bonus bagi e-LPPT (minimum 2, maksimum 10) akan diberikan kepada Ketua Penyelidik dan ahli projek berdasarkan rating yang telah dicapai selain menyumbang markah kepada MYRA (di bawah Seksyen G6C) .

Semua permohonan perlu dilampirkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki seperti di dalam borang CEIR dan borang tersebut perlu disahkan oleh Penolong Dekan, Hubungan Luar dan Global, Fakulti. Seterusnya memuat naik dokumen ke sistem RADIS sebelum atau pada 15 Oktober 2018 untuk semakan sekretariat dan kelulusan Jawatankuasa Libatsama Universiti 2018. Di bawah merupakan tempoh masa yang ditetapkan:

TARIKH PENTING

Pendaftaran Projek Baru dan Memuat Naik BORANG CEIR dan dokumen sokongan di tab Star Rating, RADISSehingga 15 Oktober 2018

Proses Semakan Sekretariat & Penilaian: 15 Oktober – 30 November 2018

Kelulusan Jawatankuasa Libatsama Universiti: Disember 2018

Keputusan Penuh di RADIS :Bermula 1 Januari 2019

Dengan ini dilampirkan borang CEIR dan proses kerja pelaksanaan penarafan bintang untuk tindakan dan perhatian semua. Ketua Penyelidik boleh berhubung dengan saya dan Unit Komuniti CCIN, Puan Siti Nur Hafizah Soid, siti_nurhafizah@utm.my dan Pn Habsah Jambari, habsahj@utm.my, Pn. Nur Syamimi binti Ab. Hamid, nsyamimi@utm.my, 07-5537556, 019-7510159, untuk sebarang maklumat lanjut.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat kami hargai.

TQ.

Speak Your Mind

*