{"id":2157,"date":"2017-11-06T09:55:27","date_gmt":"2017-11-06T09:55:27","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/?p=2157"},"modified":"2017-11-06T09:55:27","modified_gmt":"2017-11-06T09:55:27","slug":"pelajar-utm-sapu-bersih-hadiah-pertandingan-akhir-analisis-senario-habitat-2017-peringkat-ipta-utm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/pelajar-utm-sapu-bersih-hadiah-pertandingan-akhir-analisis-senario-habitat-2017-peringkat-ipta-utm\/","title":{"rendered":"Pelajar UTM sapu bersih hadiah Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA | UTM"},"content":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2017 \u2013 Kumpulan pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membolot semua hadiah dalam Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).<\/p>\n<figure id=\"attachment_21818\" class=\"wp-caption alignleft\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21818\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-content\/blogs.dir\/920\/files\/2017\/11\/ss-1-551x339.jpg\" alt=\"\" width=\"551\" height=\"339\" \/><figcaption class=\"wp-caption-text\">Pemenang tempat pertama (UTM5), kedua (UTM4) dan ketiga (UTM3) Pertandingan Analisis Senario Habitat 2017 bersama Dr. Ani Ahmad (enam dari kanan), Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.<\/figcaption><\/figure>\n<p>Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (UTM5) yang membawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000 serta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Kumpulan ini dianggotai oleh Wan Muhammad Aqib bin Wan Mohamad Ashaary, Josephine Lee Siaw Ling dan Nagananteni a\/p Subramanian.<\/p>\n<figure id=\"attachment_21820\" class=\"wp-caption alignleft\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-21820\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-content\/blogs.dir\/920\/files\/2017\/11\/cc-551x377.jpg\" alt=\"\" width=\"551\" height=\"377\" \/><figcaption class=\"wp-caption-text\">Peserta pertandingan akhir analisis senario 2017 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM1, UTM2, UTM3, UTM4 dan UTM5) bersama pensyarah pembimbing, Prof. Madya TPr. Dr. Hamid Saad dan Puan Noordini Che` Man.<\/figcaption><\/figure>\n<p>Manakala, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar tahun empat Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah \u00a0(UTM4) yang menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta sijil penyertaan.<\/p>\n<p>Kumpulan ini diangotai oleh Ellida binti Samsudin, Muhammad Zulfadhli bin Mohd Zin dan Mohd Jamsyeer Khan bin Jalaludin Khan.<\/p>\n<p>Sementara tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 berserta sijil, dimenangi oleh kumpulan pelajar pascasiswazah Perancangan Bandar dan Wilayah (UTM3).<\/p>\n<p>Kumpulan ini terdiri daripada Muhamad Firdaus bin Johan dan Mohamad Azal Fikry bin Ali.<\/p>\n<p>Manakala tenaga akademik Prof. Madya TPr. Dr. Hamid \u00a0Saad, Dr. Siti Hajar Misnan dan Noordini Che` Man bertindak selaku pensyarah pembimbing.<\/p>\n<p>Dr Hamid berkata, semu lima pasukan yang disenarai pendek memasuki pertandingan akhir daripada perserta UTM, iaitu Kumpulan UTM1, UTM2, UTM3, UTM4 dan UTM5.<\/p>\n<p>\u201cPertandingan Analisis Senario Habitat merupakan satu pertandingan yang bertujuan melatih peserta berfikir secara kreatif dan logik bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah habitat yang dikemukakan.<\/p>\n<p>\u201cDi samping itu, ia mampu meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti isu-isu semasa, menganalisis, dan menggalakan peserta membuat penyelidikan di lapangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peserta digalakkan mengumpulkan maklumat yang komprehensif bagi melaporkan dalam format\u00a0<em>`PowerPoint\u2019<\/em>\u00a0dengan tidak melebihi 20 slaid.<\/p>\n<p>Bagi kategori IPTA satu penulisan tambahan tidak melebihi 1,000 patah perkataan perlu dikemukakan kepada KPKT bersama slaid pembentangan untuk disenarai pendek bagi pertandingan akhir.<\/p>\n<p>\u201cSemasa pembentangan lisan untuk sesi pertandingan akhir, pelajar dibenarkan membuat penambahbaikan slaid pembentangan (format\u00a0<em>`PowerPoint\u2019<\/em>) serta menggunakan bahan persembahan sokongan, seperti model, poster, montaj, video serta ringkasan kajian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pertandingan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3), Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).<\/p>\n<p>Setiap kategori mempunyai analisis senario yang berbeza dengan mengenal pasti isu dan masalah semasa, metodologi dan analisis kajian serta cadangan penyelesaian dan<em>\u00a0outcome<\/em>.<\/p>\n<p>Tema Analisis Senario bagi kategori Sekolah Menengah Rendah pada tahun ini ialah Penjanaan Pendapatan, Sekolah Menengah Atas ialah Pemberi Pinjam Wang, dan IPTA ialah Perumahan.<\/p>\n<p>]Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Kristal, Aras B1, KPKT sejurus pertandingan akhir selesai.<\/p>\n<p>Hadiah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, Dr. Ani binti Ahmad.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan tempat pertama, kedua, ketiga serta kelayakan dua kumpulan lagi ke pertandingan akhir membuktikan kualiti pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah di UTM berada pada tahap yang terbaik, komprehensif, dan mampu bersaing dengan IPTA lain di negara ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Source: <em><a href=\"https:\/\/news.utm.my\/malay\/2017\/11\/pelajar-utm-sapu-bersih-hadiah-pertandingan-akhir-analisis-senario-habitat-2017-peringkat-ipta\/\">Pelajar UTM sapu bersih hadiah Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA | Hub Berita<\/a><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2017 \u2013 Kumpulan pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membolot semua hadiah dalam Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pemenang tempat pertama (UTM5), kedua (UTM4) dan ketiga (UTM3) Pertandingan Analisis Senario Habitat 2017 bersama Dr. Ani Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13826,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,45],"tags":[],"class_list":["post-2157","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utm","category-utm-news","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13826"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2157"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2160,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2157\/revisions\/2160"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2157"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2157"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2157"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}