{"id":3496,"date":"2018-03-08T02:13:46","date_gmt":"2018-03-08T02:13:46","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/?p=3496"},"modified":"2018-03-08T02:13:46","modified_gmt":"2018-03-08T02:13:46","slug":"antara-pondan-dan-khunsa-pppb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/antara-pondan-dan-khunsa-pppb\/","title":{"rendered":"Antara pondan dan\u00a0khunsa | PPPB"},"content":{"rendered":"<div class=\"entrytext\">\n<div id=\"pd_rating_holder_17972_post_15532\" class=\"pd-rating\">\n<div id=\"pd_rate_17972_post_15532\" class=\"rating-icons\">\n<div id=\"PDRTJS_17972_post_15532_stars_1\" class=\"rating-star-icon\"><\/div>\n<div id=\"PDRTJS_17972_post_15532_stars_2\" class=\"rating-star-icon\">\u00a0FIRMAN Allah SWT dalam Surah Hud: 78-80: \u201cWahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?\u201d\u2028\u201cMereka menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.\u201d\u2028\u201cNabi Lut berkata: \u201cKalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (daripada penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).\u201d<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p class=\"BD Body text Mega\">Akhirnya, jawapan tetamu-tetamu Nabi Lut a.s. memberikan perkhabaran sebuah hakikat. Bala menimpa amatlah dahsyat. Bumi Sadum dan Amurah diangkat, dihujani batu-batu menimpa setiap pelaku maksiat. Tanah diterbalikkan dihempap rapat!<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Apakah perasaan sebenar seorang Nabi tatkala itu? Malu, segan, runsing, hairan, marah, keliru dan tertekan. Kesemuanya berselirat dalam jiwa seorang pendakwah melihat rapuhnya iman dimamah nafsu. Perlakuan jahat seumpamanya yang tidak pernah ada sesiapapun melakukannya sebelum itu.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Namun, perkara ini tidak terhenti di situ. Azab yang turun seolah-olah tiada siapa yang mahu ambil tahu. Kini, ia bukan lagi sekadar satu isu. Tetapi ia telah menjadi satu \u2018budaya\u2019 yang diperjuang haknya. Pentasnya adalah di persada undang-undang dan hak asasi manusia!<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Kini umat menanggung azab dan tekanan kemodenan. Dunia semasa terisi dengan umat yang bukan lagi sekadar cinta sejenis. Malah lebih parah, mereka menukar asal jenis dengan yang berlawanan jenis. Meskipun telah diciptakan sempurna. Inilah yang menjadi barah dalam masyarakat ia semakin membesar.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Syaraful Hayah cuba mengulas isu ini dengan harapan ada ruang untuk mendidik dan menasihati.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Tidak dinafikan, kejadian Allah dan penciptaan-Nya sentiasa menjadi misteri di sebalik realiti. Golongan yang dinamakan sebagai mukhannas atau disebut mukhannis boleh lahir daripada situasi yang dinamakan sebagai disforia gender iaitu mereka yang mempunyai kecelaruan gender. Ia diklasifikasikan secara umumnya sebagai lelaki yang mempunyai banyak sifat kewanitaan, lemah lembut sama ada dari aspek percakapan, cara berjalan mahupun perwatakan yang lebih menyerupai perempuan meskipun dilahirkan sebagai lelaki.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Istilah lain yang sering dikaitkan adalah mak nyah, pondan, darai dan bapuk. Sebahagian daripada mereka akhirnya mengubah jantina daripada lelaki kepada perempuan sama ada menerusi pembedahan atau rawatan hormon.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Golongan sebegini adalah mereka yang dikeji dan dilaknat keras sebagaimana yang termaktub dalam sabda Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.:<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">\u201cNabi SAW melaknat golongan mukhannas daripada kalangan lelaki dan mutarajjil (berperwatakan seperti lelaki) daripada kalangan wanita,\u201d \u2013 Riwayat Bukhari.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Begitu juga sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: \u201cRasulullah SAW melaknat lelaki yang berpakaian wanita, dan (melaknat) wanita yang memakai pakaian lelaki,\u201d \u2013 Riwayat Abu Daud.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Selain itu, terdapat beberapa panduan syariat dalam berurusan dengan golongan seperti ini. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bergaya seperti wanita dan wanita yang bergaya seperti lelaki. Baginda juga bersabda, \u201cKeluarkanlah mereka dari rumah-rumah kamu,\u201d \u2013 Riwayat Bukhari.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Selain itu, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pernah dibawa kepada Nabi SAW seorang lelaki yang berlagak seperti wanita, dia memberi warna dengan inai pada kedua-dua (kuku) tangan dan kakinya. Maka Rasulullah bertanya: \u201cKenapa dengan orang ini?\u201d Sahabat yang menjawab, \u201cYa Rasulullah orang lelaki ini berlagak seperti wanita.\u201d Lalu diperintahkan supaya orang tersebut diasingkan ke Naqi\u2019 (suatu tempat yang jauh ke daerah pedalaman Muzainah, berjarak dua malam perjalanan dari Madinah). Lantas ditanyakan kepada Baginda: \u201cYa Rasulullah! Apakah tidak kita bunuh saja orang itu?\u201d Baginda menjawab, \u201cSesungguhnya aku dilarang membunuh orang yang solat,\u201d \u2013 Riwayat Abu Daud.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\"><strong>Golongan tidak dilaknat bersyarat<\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Adapun golongan khunsa (hermaphrodites) iaitu yang mempunyai dua alat kelamin dan golongan mukhannas bi al-khilqah (mempunyai sifat keperempuanan yang dominan secara semula jadi) namun tidak menonjol secara terbuka dan cuba melindungi sifat tersebut bahkan cuba memperbaiki keadaan diri adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar diuji.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Mereka ini tidak termasuk daripada kalangan yang dilaknat. Asalkan dengan syarat, mereka reda dengan keadaan dan ketentuan Allah dan tidak melakukan maksiat dengan keadaan diri mereka yang diuji sedemikian. Syariat menjadi panduan mereka meneruskan kehidupan bermaruah.<\/p>\n<p class=\"Agama%3aBD Crosshead Info Agama\"><strong>REZEKI BUKAN ALASAN<\/strong><\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Sebagaimana alasan kaum Nabi Lut a.s., kini alasan yang diberi adalah justifikasi rezeki. Katanya, jika tidak meneruskan watak kelembutan dan kekal dalam jantina, maka tiada rezeki yang datang menyapa.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Produk semakin laris dan keuntungan berganda seiring populariti dan kemasyhuran di persada media. Ingatlah sabda Baginda SAW:<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">\u201cPerelokkanlah usahamu mencari rezeki. Janganlah disebabkan lambatnya datang rezeki kepadamu menyebabkan kamu memburunya dengan jalan bermaksiat kepada Allah. Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu tidak akan diperoleh kecuali dengan melaksanakan ketaatan,\u201d \u2013 Riwayat al-Bazzar.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Marilah kita menyubur sedar. Bukanlah berniat mencerca apatah lagi mahu menghina. Dunia ini kita diami dan huni bersama. Semua yang hidup pasti inginkan keredaan dan kemuliaan daripada Tuhannya.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Apakah makna sesuap nasi, jika bersamanya kemurkaan daripada Yang Esa? Nikmat yang disangka sebaliknya menjadi istidraj penyubur dosa. Tidak salah, bahkan terpuji dan mulia jika kelembutan, seni ketelitian yang dianugerahkan dalam tubuh lelaki itu digunakan pada yang halal serta benar jalannya.<\/p>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Salurkan \u2018keistimewaan\u2019 itu pada mahakarya yang dihasilkan namun bukan pada fizikal dan penampilan yang ditukar keadaan.<\/p>\n<ul>\n<li class=\"BD Body text Mega\">Kepada yang melihat hentikanlah kecaman.<\/li>\n<li class=\"BD Body text Mega\">Yang ingin bertaubat hulurkanlah bantuan.<\/li>\n<li class=\"BD Body text Mega\">Doa dan sokongan itulah harapan.<\/li>\n<li class=\"BD Body text Mega\">Bukan hentaman apatah lagi kejian.<\/li>\n<\/ul>\n<p class=\"BD Body text Mega\">Nasihatilah dan perbaiklah. Kepada yang diuji, jangan sesekali putus asa dengan rahmat Ilahi. Ia sukar penuh liku dan mencabar, namun itulah jalan pahala menempah syurga-Nya di akhirat sana!<\/p>\n<\/div>\n<p><a href=\"https:\/\/epondok.wordpress.com\/2018\/03\/05\/antara-pondan-dan-khunsa\/\">source<\/a><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0FIRMAN Allah SWT dalam Surah Hud: 78-80: \u201cWahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?\u201d\u2028\u201cMereka menjawab: Sesungguhnya engkau telah mengetahui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13826,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[35,3],"tags":[],"class_list":["post-3496","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-blog","category-other","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13826"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3497,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3496\/revisions\/3497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanfahminfaiz\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}