{"id":1189,"date":"2010-08-19T09:20:00","date_gmt":"2010-08-19T01:20:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2010\/08\/19\/usrah-berjalan-seperti-biasa-di-bulan-ramadhan-kareem\/"},"modified":"2015-02-09T12:53:36","modified_gmt":"2015-02-09T04:53:36","slug":"usrah-berjalan-seperti-biasa-di-bulan-ramadhan-kareem","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2010\/08\/19\/usrah-berjalan-seperti-biasa-di-bulan-ramadhan-kareem\/","title":{"rendered":"Usrah Berjalan Seperti Biasa Di Bulan Ramadhan Kareem"},"content":{"rendered":"<p>Petang semalam kami sekeluarga berbuka puasa di Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama. Iftar yang disediakan adalah anjuran Fasa 1, Taman Pulai Utama, iaitu fasa kami.<\/p>\n<p>Malam ini, fasa lain pula menganjurkannya. Begitulah sehingga 27 Ogos, dah &#8216;fully booked&#8217; jadual berbuka puasa di Surau at-Taqwa. <\/p>\n<p>Alhamdulillah, masyarakat makin sedar tentang fadhilat menjamu orang berbuka. Pahala begitu besar sekali, yakni pahala puasa semua orang yang memakan makanan kita tanpa mengurang pahala mereka walaupun sedikit. Huh, banyak tu&#8230;<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00187.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00187-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Kalau kita kurang mampu untuk memberi orang lain makan walau sebiji kurma, walau secawan air, walau sekeping kueh, maka bantulah menyediakan makanan untuk orang berbuka. Dapat pahala juga!<\/p>\n<p>Semalam saya membantu menuang bubur lambuk ke dalam plastik di Masjid Sultan Ismail (MSI), UTM. Bubur lambuk ala bubur lambuk Kg. Baru, Kuala Lumpur telah disediakan oleh &#8216;team&#8217; Sahabat YADIM dari Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada pelajar dan staf. Sekejap aje, semua habis dan ramai yang tak sempat merasa&#8230;<\/p>\n<p>Selesai berbuka di Surau at-Taqwa, kami sekeluarga beransur ke MSI untuk solat Isya&#8217; dan Tarawikh, iaitu tempat tarawikh kami sejak menjadi felo dan pengetua dulu sehinggalah sekarang.<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00182.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00182-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Sebelum ini, ada menerima sms dari naqib bahawa usrah malam ini bermula dari 10 malam hingga 11.30 malam. Walaupun puasa, usrah tetap berjalan!<\/p>\n<p>Selesai solat tarawikh, kami terus bergerak pulang. Selalunya kita sempat mendengar tazkirah dulu sebelum balik. Malam tadi, &#8216;turn&#8217; PM Dr Ustaz Azhar untuk memberi tazkirah.<\/p>\n<p>Selesai menghantar anak isteri pulang ke rumah, saya terus ke rumah rakan usrah.<\/p>\n<p>Banyak &#8216;reminder&#8217; dari naqib tentang kebesaran, keberkatan, dan kepentingan bulan Ramadhan. Sia-sialah kita membiarkannya berlalu pergi. 10 hari yang pertama ialah rahmah, 10 hari kemudiannya ialah pengampunan dosa, dan 10 hari terakhir ialah menjauhi diri dari api neraka.<\/p>\n<p>Setiap detik dan setiap saat adalah begitu berharga di bulan Ramadhan. Tidurpun mendapat pahala, subhanallah!<\/p>\n<p>Rugilah kalau kita membiarkan Ramadhan berlalu pergi&#8230; Sedar-sedar dah hujung bulan&#8230; Astaqfirullah al &#8216;Azim!!! Tahun depan belum tentu akan ketemu lagi&#8230;<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00181.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/DSC00181-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Ayuh kawan-kawan, kita masih di bulan Ramadhan Kareem, diambang fasa 10 malam yang kedua. Marilah kita banyak membaca &#8220;Allahumma Innaka &#8216;Afuwwon Kareemun Tuhibbul &#8216;Afwafa&#8217; Fuanni&#8221; disamping zikir dan doa-doa yang lain. Semoga dosa-dosa kita diampuni Allah SWT. Tentukan sekurang-kurangnya kita khatam Al-Quran sekali dalam sebulan. <\/p>\n<p>Kita masih ada 20 hari untuk bersedekah. Jika ada sikit, memang sikit sekarang kerana belum gaji lagi, berilah sedikit&#8230; Jika ada banyak beri banyak sikit. InsyaAllah, sedikit perngorbanan dan perbelanjaan kita akan dicatat sebagai amal qawiyy oleh Allah SWT.<\/p>\n<p>Minggu depan, insyaAllah usrah kami bermula lebih awal dan disusuli dengan iftar jamaie.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Petang semalam kami sekeluarga berbuka puasa di Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama. Iftar yang disediakan adalah anjuran Fasa 1, Taman Pulai Utama, iaitu fasa kami. Malam ini, fasa lain pula menganjurkannya. Begitulah sehingga 27 Ogos, dah &#8216;fully booked&#8217; jadual berbuka puasa di Surau at-Taqwa. Alhamdulillah, masyarakat makin sedar tentang fadhilat menjamu orang berbuka. Pahala begitu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":3996,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1189","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1189","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1189"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1189\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1189"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1189"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1189"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}