{"id":1190,"date":"2010-08-18T10:18:00","date_gmt":"2010-08-18T02:18:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2010\/08\/18\/balik-raya-naik-bas-utm\/"},"modified":"2015-02-09T12:53:51","modified_gmt":"2015-02-09T04:53:51","slug":"balik-raya-naik-bas-utm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2010\/08\/18\/balik-raya-naik-bas-utm\/","title":{"rendered":"Balik Raya Naik Bas UTM"},"content":{"rendered":"<p>Aku rasa UTM telah lama mengadakan &#8216;trip&#8217; ke Kelantan dan Terengganu apabila musim Raya ataupun cuti semester. Tak pasti pula IPTA lain&#8230; Mungkin juga ada, demi kebajikan pelajar.<\/p>\n<p>Aku berpandangan idea ini adalah satu langkah yang bijak. Pertama, ia sebagai satu khidmat kebajikan kepada pelajar. Kedua, pelajar-pelajar UTM tidak perlu untuk membeli tiket bas luar seperti Transnasional, Cepat, dan sebagainya. Tiket bas luar sepatutnya dibiarkan untuk memenuhi keperluan atau pasaran orang lain di waktu puncak seperti hari perayaan dan lain-lain. Kalau tidak, pelajar-pelajar UTM saja sudah memenuhi permintaan pasaran bas luar. Orang lain dah tak boleh beli tiket!<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-074.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-074-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Lagipun, UTM rugi kalau tidak menggunakan bas yang tersedia! Kita mempunyai berpuluh-puluh bas yang berkualiti tetapi hanya digunakan di waktu semester berjalan aje&#8230; &#8216;Futhermore, they are all very well maintained&#8217;!<\/p>\n<p>Pelajar juga dapat mengelak dari &#8216;terkena&#8217; membayar tambang bas yang tinggi kepada ulat-ulat yang menjual tiket. Pelajar juga dapat dilindungi dari tertipu dengan kualiti bas tambahan yang dijanjikan. <br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-082.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-082-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Banyak lagilah kalau hendak disenaraikan kebaikan-kebaikannya, baik kepada pelajar, ibubapa mereka, mahupun pihak kerajaan.<\/p>\n<p>Kepada pihak kerajaan, sekurang-kurangnya perkhidmatan bas UTM yang digunakan untuk membawa pelajar balik ke destinasi mereka semasa hari perayaan dapat mengatasi masalah kekurangan bas yang mana kerajaan terpaksa mengeluarkan permit kepada bas-bas sekolah yang mana kualitinya belum tentu terjamin dari segi keselamatan dan sebagainya.<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-083.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-083-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Perkhidmatan bas UTM untuk balik raya ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada tahun ini, &#8216;trip&#8217; yang awal kalau tidak silap saya bermula pada 1 September dan yang terakhir pada 4 September.<\/p>\n<p>&#8216;Trip&#8217; balik semula ke UTM Skudai pula bermula pada 17 September dan mungkin sehingga 3 atau 4 hari selepas itu.<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-088.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-088-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Dengar-dengar khabar, saban tahun sambutan yang diterima amat menggalakkan. Menurut En. Ali, pengendali perkhidmatan ini dari Pejabat Harta Bina UTM, satu hari sehingga 12 bas berlepas ke Kota Bharu pada tahun ini.<\/p>\n<p>UTM juga pernah membuat perkhidmatan untuk ke utara Semenanjung bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. Tetapi katanya, sambutan kurang menggalakkan! Pada tahun lepas, 2 bas yang digunakan pun tidak penuh&#8230;<\/p>\n<p>Ini mungkin pelajar yang ingin ke utara mempunyai banyak pilihan syarikat bas berbanding ke pantai timur.<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-086.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 150px;height: 200px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-086-225x300.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Pada tahun ini, aku dan keluarga juga menggunakan perkhidmatan bas UTM untuk balik beraya di kampung. Rasa tidak larat untuk membawa van ke Kota Bharu. Mungkin faktor usia sudah meningkat! <\/p>\n<p>Masa muda-muda dulu untuk merentasi Arizona dan Texas, tidak menjadi masalah. Aku juga pernah membawa kereta berseorangan dari New Orleans ke Kansas City!<\/p>\n<p>Pada mulanya, ingatkan hendak balik ke KB pada 8 September dan kembali ke Skudai 3 atau 4 hari selepas Raya. Lagipun &#8216;Ammar akan menghadapi peperiksaan UPSRnya pada 20 September nanti. Tetapi perkhidmatan bas UTM yang terakhir ke KB ialah pada 4 September dan bas pertama ke Skudai pula pada 17 September.<\/p>\n<p>Tak apalah, pada tahun ini anak-anak akan bersama datuk dan neneknya lama sikit. Dapat bermain dengan sepupu-sepupu mereka sampai puas, lagipun bukan selalu balik kampung, setahun hanya sekali!!!<\/p>\n<p>Cuma yang susahnya, apabila hendak ke sana sini di KB nanti. Tak apa, pandai-pandailah guna &#8216;public transport&#8217;&#8230; Atau naik beca, anak-anak mesti suka dapat naik beca atau dipanggil &#8216;teksi&#8217; di Kelantan.<br \/><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-087.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2010\/08\/Picture-087-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Satu lagi yang bagus berkaitan perkhidmatan bas UTM ialah dari segi tambangnya. Amat murah berbanding dengan perkhidmatan bas konvensional yang lain. Tambang ke KB hanya RM45, pergi dan balik RM90. Dengar khabar, tambang bas biasa untuk ke KB lebih kurang RM70 satu hala. Aku membayar RM810 untuk 9 tiket!<\/p>\n<p><span style=\"font-weight:bold\">&#8220;Ada tiga jenis doa yang pasti diterima tanpa syak lagi, iaitu: Doa bapa, doa orang yang bermusafir, dan doa dari orang yang teraniaya&#8221;<span style=\"font-style:italic\"><\/span><\/span>. (Riwayat Ahmad, Abu Daud &amp; Turmudzi)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Aku rasa UTM telah lama mengadakan &#8216;trip&#8217; ke Kelantan dan Terengganu apabila musim Raya ataupun cuti semester. Tak pasti pula IPTA lain&#8230; Mungkin juga ada, demi kebajikan pelajar. Aku berpandangan idea ini adalah satu langkah yang bijak. Pertama, ia sebagai satu khidmat kebajikan kepada pelajar. Kedua, pelajar-pelajar UTM tidak perlu untuk membeli tiket bas luar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4001,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1190"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1190\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}