{"id":1370,"date":"2009-10-31T10:47:00","date_gmt":"2009-10-31T02:47:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/10\/31\/mengenali-seorang-dari-10-yang-dijamin-syurga\/"},"modified":"2015-02-09T13:00:11","modified_gmt":"2015-02-09T05:00:11","slug":"mengenali-seorang-dari-10-yang-dijamin-syurga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/10\/31\/mengenali-seorang-dari-10-yang-dijamin-syurga\/","title":{"rendered":"Mengenali Seorang Dari 10 Yang Dijamin Syurga"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/10\/FamilyPicture-069.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/10\/FamilyPicture-069-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Siapa yang tidak mengenali Abu Bakar (R.A)? Seorang yang digelar oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai As-Siddiq (Orang yang membenarkannya) (Surah Az-Zumar; 33). Ayahnya bernama Utsman dan ibunya bernama Salma.<\/p>\n<p>Abu Bakar (R.A) memeluk Islam pada hari pertama diangkatNya Rasulullah (SAW) menjadi nabi. Setelah memeluk Islam, beliau giat berdakwah kepada rakan-rakannya dan hasilnya, Utsman bin Affan (R.A), Zubair bin Awwam (R.A), Abdul Rahman bin Auf (R.A), Thalhah bin Ubaidillah (R.A), dan Saad bin Abi Waqash (R.A) memasuki Islam.<\/p>\n<p>Beliaulah yang membantu Rasulullah ketika mana Rasulullah dijerat leher dengan kain oleh Uqbah bin Abi Mu&#8217;ith sewaktu bersujud solat di Kaabah. Hasil tindakan itu, Abu Bakar sendiri dikepung beberapa orang penjahat dan dipukul dengan kejam dan dicabutnya rambut sehingga terluka kepalanya.<\/p>\n<p>Abu Bakar telah menemani Rasulullah di dalam Gua Tsur semasa berhijrah ke Madinah. Abu Bakar juga berada di atas satu tunggangan bersama Rasulullah di saat berhijrah ke Madinah.<\/p>\n<p>Pada tahun ke 9 Hijrah, tercetusnya Peperangan Tabuk dan Rasulullah telah meminta kepada sahabat untuk memberi infak. Abu Bakar telah membawa kesemua hartanya untuk diserahkan kepada Rasulullah (SAW).<\/p>\n<p>Abu Bakar juga telah disuruh mengimami solat Isya&#8217; oleh Rasulullah di saat-saat akhir sebelum Baginda wafat.<\/p>\n<p>Abu Bakar pernah mendengar pembicaraan Rasulullah (SAW) dengan Jibril (A.S), walaupun ia tidak dapat melihat Jibril.<\/p>\n<p>Abu Bakar adalah orang yang mengumpulkan Al-Quran setelah ianya diusulkan oleh Umar Al-Khattab (R.A). Beliau telah menyuruh Zaid bin Tsabit melaksanakan tugas mengumpulkan semua surah Al-Quran.<\/p>\n<p>Empat keturunan Abu Bakar As-Siddiq (R.A) adalah sahabat Rasulullah (SAW). Pertama, Abu Bakar sendiri. Kedua, ayahnya iaitu Abu Quhafah. Ketiga, anaknya iaitu Abdul Rahman (R.A) dan keempat ialah anak Abdul Rahman iaitu &#8216;Atiq (R.A). Tidak dilupakan, Rasulullah juga adalah menantu kepada Abu Bakar As-Siddiq dengan beristerikan Aisyah (R.A).<\/p>\n<p>Pada tahun ke 8 Hijrah terjadi pembukaan kota Mekah. Pada waktu itu, ayah Abu Bakar, yakni Abu Quhafah (R.A) masuk Islam. Pada hari itu, Abu Quhafah dibawa mengadap Rasulullah (SAW). Maka Rasulullah bersabda, &#8220;Mengapa ia dibawa kepadaku, selayaknya aku yang datang kepadanya.&#8221;<\/p>\n<p>Kecintaan Abu Bakar As-Siddiq (R.A) kepada Allah SWT dan RasulNya telah dimenifestasi dengan perkataan dan perbuatannya. <\/p>\n<p>Sebelum meninggal dunia, Abu Bakar As-Siddiq (R.A) berkata, &#8220;Kirimkanlah unta yang biasa kita minum susunya, mangkuk yang biasa kita gunakan untuk makan, dan selimut ini kepada Umar (R.A). Benda-benda ini saya ambil dari baitul-mal kerana saya sebagai Khalifah.&#8221;<\/p>\n<p>Ketika benda-benda itu sampai ke tangan Umar (R.A), ia berkata, &#8220;Semoga Allah SWT merahmati Abu Bakar As-Siddiq (R.A). Dia telah menyebabkan tugas sebagai khalifah ini menyusahkan bagiku.&#8221;<\/p>\n<p>Rasulullah (SAW) bersabda; &#8220;Wahai Abu Bakar, kamu adalah orang yang pertama masuk ke dalam syurga dari umatku&#8221;.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siapa yang tidak mengenali Abu Bakar (R.A)? Seorang yang digelar oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai As-Siddiq (Orang yang membenarkannya) (Surah Az-Zumar; 33). Ayahnya bernama Utsman dan ibunya bernama Salma. Abu Bakar (R.A) memeluk Islam pada hari pertama diangkatNya Rasulullah (SAW) menjadi nabi. Setelah memeluk Islam, beliau giat berdakwah kepada rakan-rakannya dan hasilnya, Utsman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4670,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1370","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1370","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1370"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1370\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1370"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1370"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1370"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}