{"id":1385,"date":"2009-09-09T09:17:00","date_gmt":"2009-09-09T01:17:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/09\/09\/sukarnya-menyampaikan-risalah\/"},"modified":"2015-02-09T13:00:26","modified_gmt":"2015-02-09T05:00:26","slug":"sukarnya-menyampaikan-risalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/09\/09\/sukarnya-menyampaikan-risalah\/","title":{"rendered":"Sukarnya Menyampaikan Risalah&#8230;"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/09\/FamilyPicture-084.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"margin:0px auto 10px;text-align:center;cursor:pointer;cursor:hand;width: 400px;height: 300px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/09\/FamilyPicture-084-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>&#8220;Alangkah besarnya pahala jika seseorang memeluk Islam disebabkan usaha kita&#8221;, ujar ku kepada anak-anak setelah mereka menaiki kereta. Anak-anak SMIH, aku ambil mereka jam 3 lebih petang semalam, manakala anak-anak SRIH sedang bercuti kerana ada Peperiksaan UPSR sedang berlangsung.<\/p>\n<p>&#8220;Acik, kita pergi ke Bazar Ramadan UTM nak?&#8221;, tanya ku. &#8220;Wow, bestnya&#8221;, jawab Acik. Pada mulanya dia ingat aku hendak pergi membeli kuih muih untuk berbuka puasa. <\/p>\n<p>&#8220;Kita pergi &#8216;distribute leaflet&#8217; kepada mereka yang masih belum Islam&#8221;, sambung ku. <\/p>\n<p>Acik senyap tidak menjawab dan diam seperti Angah dan Abang meneliti kata-kata ku seterusnya. &#8220;Ok pukul 4.45, selepas solat dan mandi, kita bergerak ke Bazar Ramadan UTM&#8221;, tambah ku lagi.<\/p>\n<p>Aku tidak mengajak Abang kerana biarlah dia membuat &#8216;preparation&#8217; untuk PMRnya dan Angah sedang berhempas pulas dengan &#8216;trial&#8217; SPMnya sekarang.<\/p>\n<p>Apabila sampai di rumah, aku terus mandi dan mengajak anak-anak untuk mengerjakan solat Asar berjamaah. Jam 4.45 petang, akupun menghidupkan enjin Kancil sementara menunggu Acik. <\/p>\n<p>&#8220;Acik, masa abah &#8216;study&#8217; kat &#8216;oversea&#8217; dulu, abah pernah menjual Nasi Pilau selepas solat Jumaat&#8221;. &#8220;Tebalnya rasa muka&#8230;, malu nak menjual makanan kepada kawan-kawan&#8221;. <\/p>\n<p>&#8220;Tetapi lama kelamaan dah jadi biasa&#8221;. Sebenarnya, aku cuba &#8216;set the environment what sort of feeling&#8217; akan kami rasai sebentar lagi apabila upacara mengedar risalah berlaku. Aku menceritakan ini supaya Acik akan bersedia &#8216;what to expect&#8217; dari perbuatan kami nanti.<\/p>\n<p>Sampai di Bazar, berhampiran Fakulti Alam Bina, aku melihat Prof Madya Zamani sudah bersedia. Kemudian Roslan dan isterinya, Anisah sampai dengan bahan-bahan yang ingin diedarkan. Kemudian sampai Prof Madya Hamidon bersama kurma yang ingin disertakan bersama bahan edaran. &#8216;Wife&#8217; Prof Arshad dan anaknya yang balik bercuti dari Mesirpun ada.<\/p>\n<p>Aku memulakan tugas bersama Acik. Bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain. Ditanganku ada 10 bag plastik kecil yang setiap satunya mengandungi 2 &#8216;leaflet&#8217; mengenai Islam, satu CD, dan satu plastik kecil yang mengandungi 3 biji kurma. Di tangan Acik ada 10 lagi bag plastik kecil. <\/p>\n<p>&#8220;Free dik, ambik aje, ada kurma..&#8221;, ujar ku. Namun tiada seorangpun sudi untuk menerima, baik Cina mahupun India.<\/p>\n<p>Muka aku terasa semakin menebal, apa tidaknya? Tiada seorangpun sudi menerima. Acikpun nampak tertekan, &#8220;Apalah dia orang ni, bagi freepun tak nak ambik!&#8221;. &#8220;Apa salahnya ambik, lepas tu kalau nak buang, buanglah!&#8221;, Acik menyuarakan pandangannya.<\/p>\n<p>Roslan yang sibuk mengedar bahan cuba menyuntik semangat kepada ku. &#8220;Rasulullah (SAW) semasa menyebar risalah Islam, bukan setakat kata-kata kesat dihambur oleh penduduk Mekah dan Madinah, bahkan dicederakan dengan lontaran batu&#8221;, katanya.<\/p>\n<p>Aku dan Acik balik semula ke &#8216;base&#8217;, di tempat bahan-bahan edaran terkumpul dan memulakan kembali tugas dari sini. Setelah puas mempelawa, 2 bag plastik kecil berjaya ku edarkan. Kemudian 2 lagi.<\/p>\n<p>Aku sudah mendapat momentum&#8230; Kemudian sekumpulan pelajar Cina dari negara China, aku memberikan mereka setiap seorang satu. &#8220;I can&#8217;t read your &#8230;&#8221;, kata salah seorang dari mereka. Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, aku terus mencelah, &#8220;It&#8217;s ok. It is in English&#8221;.<\/p>\n<p>&#8220;Acik, why don&#8217;t you try?&#8221;, kata ku kepadanya. Acikpun memulakan tugasnya yang mana sebelum ini, dia cuma membekalkan barang-barang kepada ku dan menjadi pemerhati saja. <\/p>\n<p>&#8220;You want it, it&#8217;s free!&#8221;, ucap Acik kepada pelajar Cina lelaki. Pelajar tersebut menggeleng kepala tidak mahu.<\/p>\n<p>Acik mencuba lagi kepada pelajar Cina perempuan. Tetapi dia juga tidak mahu ambil. Kemudian aku cuba membantu Acik mempelawa kepada sepasang &#8216;couple&#8217; berbangsa Cina. Tetapi merekapun tidak mahu&#8230;.<\/p>\n<p>Alhamdulillah, secara keseluruhannya aku dan Acik berjaya mengedarkan sekurang-kurangnya 20 bag plastik kecil. Aku berdoa dan berharap agar ada yang mendapat hidayah hasil dari usaha kerdil kami.<\/p>\n<p>Apabila aku balik ke rumah dan menceritakan apa yang yang berlaku kepada Kak Long. Kak Long terus mencelah, itulah kadang-kadang apabila orang cuba menghulurkan sesuatu kepada kita di &#8216;Shopping Complex&#8217; ke, kita sepatutnya sudi menerima. Sekarang baru kita rasa &#8216;how painful it is&#8217; apabila kita ingin memberi secara percuma, tiada seorangpun ingin menerima.<\/p>\n<p>Dua pelajaran yang aku pelajari semalam. Pertama, kita perlu cuba &#8216;persuade&#8217; mereka supaya sudi menerima dengan apa cara sekalipun. Bak kata PM Hamidon, &#8220;Dia mula-mula nampak tak nak, tapi kalau kita terus mendesak, mereka ambil juga.&#8221; <\/p>\n<p>Kedua, kita perlu zahirkan siapa kita&#8230; Ramai juga yang melihat gelagat aku semalam di kalangan staf. Ada yang mengenaliku sebagai mantan Pengetua Kolej, sebagai Pensyarah dan ada yang mengenaliku kerana pernah mempengerusikan Mesyuarat Agung Koperasi UTM.<\/p>\n<p>Program mengedarkan risalah kepada yang belum Islam adalah salah satu dari aktiviti ROSE. ROSE (Ray of Serenity) adalah satu unit di bawah JIM Johor. Fungsi utama ROSE ialah menjalankan program-program dakwah kepada yang belum Islam dan memberikan sokongan kepada yang baru memeluk agama Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Alangkah besarnya pahala jika seseorang memeluk Islam disebabkan usaha kita&#8221;, ujar ku kepada anak-anak setelah mereka menaiki kereta. Anak-anak SMIH, aku ambil mereka jam 3 lebih petang semalam, manakala anak-anak SRIH sedang bercuti kerana ada Peperiksaan UPSR sedang berlangsung. &#8220;Acik, kita pergi ke Bazar Ramadan UTM nak?&#8221;, tanya ku. &#8220;Wow, bestnya&#8221;, jawab Acik. Pada mulanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1385"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1385\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}