{"id":1387,"date":"2009-09-07T14:52:00","date_gmt":"2009-09-07T06:52:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/09\/07\/kita-menghampiri-kemuncak-ramadan\/"},"modified":"2015-02-09T13:00:27","modified_gmt":"2015-02-09T05:00:27","slug":"kita-menghampiri-kemuncak-ramadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/09\/07\/kita-menghampiri-kemuncak-ramadan\/","title":{"rendered":"Kita Menghampiri Kemuncak Ramadan"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/09\/DSC00093.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 240px;height: 320px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/09\/DSC00093-225x300.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Alhamdulillah, sudah 17 hari kita beramal di bulan yang penuh barakah ini! Kita akan menghampiri kemuncaknya iaitu 10 malam terakhir dalam masa 3 hari lagi&#8230; <\/p>\n<p>Ayuh, jangan kita semakin lemah atau semakin bersahaja! Matlamat kita ialah untuk mendapatkan Lailatul Qadar sekali lagi pada tahun ini. Sedikit dorongan kepada kawan-kawan bakal membangkitkan semangat kita jua. Jangan lupa untuk suntikkan semangat yang sama kepada semua ahli keluarga kita juga.<\/p>\n<p>Kekang nafsu tidur, banyakkan solat malam, membaca Al-Quran dan berzikir. Lupakan soal remeh temeh. Kuatkan azam. Berikut ialah hadis Nabi (s.a.w) berkaitan Lailatul Qadar&#8230;<\/p>\n<p>Harun bin Ishaq Al-Hamdani menceritakan kepada kami, &#8216;Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin &#8216;Urwah dari ayahnya dari &#8216;Aisyah di mana ia berkata: &#8220;Rasulullah (s.a.w) biasa beri&#8217;tikaf pada sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan, dan bersabda: &#8220;Bersungguh-sungguhlah kamu (untuk mendapatkan) Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadan.&#8221;<\/p>\n<p>Perkara yang sama diriwayatkan pula dari &#8216;Umar, Ubayy bin Ka&#8217;b, Jabir bin Samurah, Jabir bin &#8216;Abdullah, Ibnu &#8216;Umar, Al-Falatan bin &#8216;Ashim, Anas, Abu Sa&#8217;id, &#8216;Abdullah bin Unais, Abu Bakrah, Ibnu &#8216;Abbas, Bilal dan &#8216;Ubadah dan Ash-Shamit. Abu &#8216;Isa berkata: &#8220;Hadis &#8216;Aisyah itu adalah hadis hasan sahih; sedangkan kata yujaawiru ertinya adalah beri&#8217;tikaf.&#8221; <\/p>\n<p>Banyak riwayat dari Nabi (s.a.w) bahawasanya baginda bersabda: &#8220;Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh terakhir pada setiap yang ganjil.&#8221; <\/p>\n<p>Diriwayatkan dari Nabi (s.a.w) tentang Lailatul Qadar iaitu bahawasanya Lailatul Qadar itu adalah pada malam 21, 23, 25, 27, 29 dan malam terakhir dari bulan Ramadan. <\/p>\n<p>Asy-Syafi&#8217;i berkata: &#8220;Itu hanyalah pendapat saya. Dan Allah Maha Mengetahui; di mana Nabi (s.a.w) menjawab suatu pertanyaan sewaktu ditanya tentang Lailatul Qadar.&#8221; Dikatakan kepada baginda bahawa kami mencarinya pada malam ini, kemudian baginda bersabda: &#8220;Carilah Laiatul Qadar itu pada malam ini.&#8221; <\/p>\n<p>Asy-Syafi&#8217;i berkata: &#8220;Riwayat yang paling kuat menurut pendapat saya ialah bahawa Lailatul Qadar itu jatuh pada malam tanggal 21.&#8221; Abu &#8216;Isa berkata: &#8220;Diriwayatkan dari Ubbay bin Ka&#8217;b bahawasanya ia bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu berada pada malam 27 di mana ia berkata: &#8220;Rasulullah (s.a.w) memberitahukan kepada kami dengan tanda-tanda malam itu kemudian kami menyebut-nyebut dan menghafalnya.&#8221; <\/p>\n<p>Diriwayatkan dari Abu Qilabah bahawasanya ia berkata: &#8220;Lailatul Qadar itu berkisar pada sepuluh terakhir.&#8221; &#8216;Abd bin Humaid memberitahukan yang demikian kepada kami, &#8216;Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ma&#8217;mar dari Ayyub dari Abu Qilabah dengan maksud seperti itu.&#8221; <span style=\"font-weight:bold\">Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 2. Hadis Nombor 0789.<\/span><\/p>\n<p>Semoga kita berjaya mendapatkan Lailatul Qadar! Amin ya Allah!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah, sudah 17 hari kita beramal di bulan yang penuh barakah ini! Kita akan menghampiri kemuncaknya iaitu 10 malam terakhir dalam masa 3 hari lagi&#8230; Ayuh, jangan kita semakin lemah atau semakin bersahaja! Matlamat kita ialah untuk mendapatkan Lailatul Qadar sekali lagi pada tahun ini. Sedikit dorongan kepada kawan-kawan bakal membangkitkan semangat kita jua. Jangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4692,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1387","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1387","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1387"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1387\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4692"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1387"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1387"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1387"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}