{"id":1401,"date":"2009-07-28T14:51:00","date_gmt":"2009-07-28T06:51:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/07\/28\/tak-sampai-hati\/"},"modified":"2015-02-09T13:00:50","modified_gmt":"2015-02-09T05:00:50","slug":"tak-sampai-hati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/07\/28\/tak-sampai-hati\/","title":{"rendered":"Tak Sampai Hati&#8230;"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/07\/DSC00006.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/07\/DSC00006-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Pagi tadi selesai solat Subuh di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, aku kembali ke rumah. Pada mulanya, aku ingat hendak singgah di Pasar Taman U untuk membeli lauk pauk tetapi lupa untuk membawa alas. Biasanya aku membawa baldi untuk mengelakkan air ikan dan sebagainya tumpah ke &#8216;carpet&#8217; kereta. Kalau tumpah, masyaAllah, tidak hilang baunya dua tiga hari&#8230;<\/p>\n<p>Sudah agak lama aku tidak ke pasar. Selalunya ke Pasar Tani di Taman Sri Pulai setiap hari Ahad. Tetapi disebabkan setiap minggu ada program, agak-agaknya dah lebih tiga minggu tidak ke pasar. Itupun bila isteri menyuarakan lauk sudah tiada, aku sempat mencari ayam organik di kedai HPA di sebelah Pasaraya Giant berdekatan dengan rumahku.<\/p>\n<p>Buka aje pintu, aku lihat Rasyid dalam pakaian sekolah sedang menangis. Maknya memaklumkan &#8216;Ammar telah menyepak adiknya kerana suruhannya tidak dipenuhi oleh Rasyid. Terasa panas juga hati, lantas aku mencapai rotan dan menyuruh Sakinah memanggil &#8216;Ammar.<\/p>\n<p>Sambil menunggu &#8216;Ammar, aku terus menyambung tilawah harianku&#8230; Sekarang aku tengah membaca Surah Sad, harap-harapnya sebelum Ramadhan aku dah khatam dan dapat memulakan yang baru pada 1 Ramadhan nanti. Rotan ku genggam erat di tangan kiri sementara Al-Quran di tangan kanan.<\/p>\n<p>Kemudian &#8216;Ammar muncul. &#8220;Kenapa &#8216;Ammar sepak adik?&#8221;, tanyaku. &#8220;Dia tak buat apa yang &#8216;Ammar suruh&#8221;, balasnya. &#8220;Kalau abah suruh &#8216;Ammar buat sesuatu tetapi &#8216;Ammar tidak buat. Boleh tak, abah sepak &#8216;Ammar?&#8221;, tanyaku lagi. Dia tunduk tanpa memberi jawapan kepada persoalanku.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam ramai adik-beradik, Rasyidlah yang paling sayang kepada &#8216;Ammar&#8221;, sambungku. Pernah sekali, bila &#8216;Ammar mengikuti &#8216;trip&#8217; sekolah selama beberapa hari, adik Rasyid yang bersuara, &#8220;Boringnya tak ada abang &#8216;Ammar&#8221;, ujarku lagi.<\/p>\n<p>&#8216;Ammar dengan Abang seperti kucing dengan anjing. Tak pernah dia mengalah. Begitu juga dengan Achik yang 2 tahun lebih tua darinya. Jarang Achik menang&#8230;<\/p>\n<p>Ku lihat, matanya mula mengalir manik-manik jernih&#8230; Lantas tak sampai hati untuk mengangkat rotan di tangan kiriku.<\/p>\n<p>&#8220;Pergi minta maaf kepada Rasyid dan peluk dia&#8221;, tegas aku. Dengan akur, &#8216;Ammar melakukan apa yang aku suruh&#8230;<\/p>\n<p>Diapun tahu, Rasyidlah adiknya yang selalu bersamanya dikala suka dan duka&#8230;<\/p>\n<p>&#8220;Ya Allah, satukanlah hati anak-anakku&#8230; Jadikanlah mereka, anak-anak yang soleh dan solehah&#8230; Teguhkan hati mereka dengan agamaMu, ya Allah&#8230; Tetapkan pendirian mereka dalam Islam, dan hidupkan dan matikan mereka dalam iman. Amin ya Rabbal &#8216;alamin&#8221;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pagi tadi selesai solat Subuh di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, aku kembali ke rumah. Pada mulanya, aku ingat hendak singgah di Pasar Taman U untuk membeli lauk pauk tetapi lupa untuk membawa alas. Biasanya aku membawa baldi untuk mengelakkan air ikan dan sebagainya tumpah ke &#8216;carpet&#8217; kereta. Kalau tumpah, masyaAllah, tidak hilang baunya dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4716,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1401","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1401","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1401"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1401\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}