{"id":1434,"date":"2009-05-08T15:06:00","date_gmt":"2009-05-08T07:06:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/05\/08\/budaya-sate\/"},"modified":"2015-02-09T13:01:22","modified_gmt":"2015-02-09T05:01:22","slug":"budaya-sate","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/05\/08\/budaya-sate\/","title":{"rendered":"Budaya Sate"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/05\/DSC00008.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:left;margin:0 10px 10px 0;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/05\/DSC00008-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Sate adalah makanan istimewa dan kegemaran ramai. Di hari raya, kebiasaannya ramai menghidangkan sate dengan kuah kacang dan nasi himpit. Rumah yang menghidangkan sate selalunya mendapat kunjungan ramai, lebih-lebih lagi dikalangan kanak-kanak.<\/p>\n<p>Cuba saudara buka Kamus Dewan dan lihat perkataan sate&#8230; Maksudnya ialah makanan yang dibuat daripada potongan kecil daging yang dicucuk dan dipanggang, dimakan dengan kuah.<\/p>\n<p>Perkataan sate ada penambahannya. Contohnya, menyate, mempersate dan persatean. Agaknya apa maksud mempersate? Maksudnya ialah melakukan perpecahan pada sesuatu persatuan. Begitu juga maksud persatean iaitu perpecahan kepada pertubuhan dan lain-lain. Nah, sekarang kita tahu maksud perkataannya disebalik keenakan menikmati juadahnya.<\/p>\n<p>Suatu masa dulu, semasa mendengar satu ceramah, saya terdengar penceramah menyebut &#8216;jangan jadi budaya sate&#8217;. Dalam hati saya berkata, kenapa pulak, apa salah pada makanan yang lazat ini?<\/p>\n<p>Tambah penceramah itu lagi, sate ini dibuat dengan &#8220;potong-memotong&#8221; daging, kemudian berlaku &#8220;cucuk-mencucuk&#8221;, kemudian berlaku proses &#8220;bakar-membakar&#8221;, kemudian berlaku &#8220;kipas-mengipas&#8221; supaya sate terus terbakar.<\/p>\n<p>Budaya potong memotong yang diikuti dengan cucuk mencucuk iaitu menghasut sehingga menimbulkan pergaduhan. Kemudian proses membakar iaitu diapi-apikan pula supaya terus tegang. Kemudian dikipas kedua-dua belah pihak supaya masing-masing merasa merekalah yang betul dan pihak yang sebelah lagi yang salah.<\/p>\n<p>Inilah yang menyebabkan perpecahan berlaku. Makanan yang enak dan sedap dikonotasikan dengan perbuatan yang kurang bermaruah!<\/p>\n<p>Saya pasti proses tadi banyak berlaku dalam sesebuah persatuan atau organisasi. Sanggupkah kita melihat persatuan kita hancur berkecai? <span style=\"font-weight:bold\">Ingat! Apabila ramai mempersatekan persatuan maka akhirnya persatuan tadi mengalami persatean<\/span>.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sate adalah makanan istimewa dan kegemaran ramai. Di hari raya, kebiasaannya ramai menghidangkan sate dengan kuah kacang dan nasi himpit. Rumah yang menghidangkan sate selalunya mendapat kunjungan ramai, lebih-lebih lagi dikalangan kanak-kanak. Cuba saudara buka Kamus Dewan dan lihat perkataan sate&#8230; Maksudnya ialah makanan yang dibuat daripada potongan kecil daging yang dicucuk dan dipanggang, dimakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4763,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1434","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1434","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1434"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1434\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1434"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1434"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1434"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}