{"id":1502,"date":"2009-01-29T12:56:00","date_gmt":"2009-01-29T04:56:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/01\/29\/apa-perlunya-solat\/"},"modified":"2015-02-09T13:02:25","modified_gmt":"2015-02-09T05:02:25","slug":"apa-perlunya-solat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2009\/01\/29\/apa-perlunya-solat\/","title":{"rendered":"Apa Perlunya Solat?"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/01\/DSC00008_edited.jpg\"><img decoding=\"async\" style=\"float:right;margin:0 0 10px 10px;cursor:pointer;cursor:hand;width: 200px;height: 150px\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2009\/01\/DSC00008_edited-300x225.jpg\" border=\"0\" \/><\/a><br \/>Ramai dikalangan kita terdengar betapa ramainya remaja yang tidak solat atau tidak penuh solat lima kali sehari. Sesetengahnya tidak tahu bagaimana hendak solat&#8230; Mungkin kerana ibubapapun tidak mengerjakannya. Ibubapa sibuk mencari rezeki untuk memenuhi keperluan keluarga.<\/p>\n<p>Seorang kawan menceritakan beliau membuat kursus motivasi di sebuah sekolah di selatan tanah air. Disuruhnya pelajar-pelajar berdiri, dan ditanya soalan, siapa yang tak solat disuruhnya duduk. Hampir separuh duduk. Kemudian, siapa solat 3 kali sehari? Sebahagian pelajar duduk lagi kerana tidak memenuhi kriteria tersebut. Akhir sekali, siapa solat penuh lima kali sehari? Hanya seorang pelajar kekal berdiri&#8230;<\/p>\n<p>Gawat sekali. Cuba bayangkan generasi ini yang akan berkahwin dan seterusnya melahirkan zuriat dan seterusnya zuriat-zuriat mereka pula akan berkahwin dan seterusnya. Akhirnya, Islam hanya tinggal pada nama saja. Rukun Islam yang keduapun masih tak &#8216;settle&#8217;. Apatah lagi Puasa, Zakat dan Haji.<\/p>\n<p>Ada juga kita dengar mereka yang tak perlu solat kerana darjatnya sudah tinggi dan hanya memadai dengan niat saja. Ini juga satu perkara yang pelik&#8230;<\/p>\n<p>Kalau tak, masakan Rasulullah SAW solat sehingga bengkak kakinya. Seorang yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT bersusah payah sehingga ditanyakan Aisyah RA kenapa begitu sekali? Jawab Baginda SAW, &#8220;Salahkah daku menjadi seorang hamba yang bersyukur&#8230;.&#8221;.<\/p>\n<p>Apakah Allah SWT perlukan solat kita? Sudah tentu tidak, kerana Dia yang menjadikan kita. Dia tidak perlu apa-apa dari kita dan hanya kita yang memerlukanNya.<\/p>\n<p>Kita bersolat dan mengerjakan amal lain adalah kerana menepati tugas kita yang telah difirmankan Allah SWT &#8220;Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu hanya untuk beribadah kepadaKu&#8221;.<\/p>\n<p>Sama-samalah kita tingkatkan solat kita dan mencuba sedaya upaya untuk mengerjakan secara berjamaah, InsyaAllah&#8230;<\/p>\n<p>Maksud sabda Rasulullah SAW &#8220;Solat berjamaah melebihi solat seseorang itu seorang diri di rumah dan solat di pasarnya sebanyak 25 darjah&#8221;.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ramai dikalangan kita terdengar betapa ramainya remaja yang tidak solat atau tidak penuh solat lima kali sehari. Sesetengahnya tidak tahu bagaimana hendak solat&#8230; Mungkin kerana ibubapapun tidak mengerjakannya. Ibubapa sibuk mencari rezeki untuk memenuhi keperluan keluarga. Seorang kawan menceritakan beliau membuat kursus motivasi di sebuah sekolah di selatan tanah air. Disuruhnya pelajar-pelajar berdiri, dan ditanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":4863,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-1502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1502"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1502\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}