{"id":998,"date":"2011-10-21T20:51:00","date_gmt":"2011-10-21T12:51:00","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2011\/10\/21\/cuepecs-medical-card\/"},"modified":"2015-02-09T12:45:58","modified_gmt":"2015-02-09T04:45:58","slug":"cuepecs-medical-card","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/2011\/10\/21\/cuepecs-medical-card\/","title":{"rendered":"&#8216;CUEPECS Medical Card&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Kebelakangan ini untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan tidak lagi semudah dan secepat dulu. Mungkin penduduk semakin ramai, ditambah pula dengan pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang mendapatkan rawatan di hospital kita juga. Mungkin juga bilangan doktor masih belum mencukupi\u2026<\/p>\n<p>Tetapi apa yang penting ialah apabila kita sakit, kita memerlukan rawatan yang mesra, prihatin, cepat, dan pantas. Kadang-kadang, menunggu giliran adalah lebih menyakitkan kerana terpaksa menanti dan adakalanya \u2018turn\u2019 kita dipotong oleh mereka yang lebih serius sakitnya mengikut pandangan doktor. Teringat aku tentang sebuah cerita tentang orang sakit yang menunggu giliran di sebuah hospital di Kelantan.<\/p>\n<div style=\"clear: both;text-align: center\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/298483_304362396246597_100000185164553_1512573_64579227_n.jpg\" style=\"clear:left;float:left;margin-right:1em;margin-bottom:1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"0\" height=\"150\" width=\"200\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/298483_304362396246597_100000185164553_1512573_64579227_n-300x225.jpg\" \/><\/a><\/div>\n<p>Pakcik ini sudah lama menunggu. Dari awal pagi dia menaiki teksi dari kampungnya menuju ke Hospital Daerah Tumpat. Dia mendapat nombor yang agak awal iaitu nombor 3. Pesakit nombor 1 pun masuk menemui doktor. Apabila selesai, pesakit nombor 2 pula masuk. Pakcik ini amat teruja kerana lepas ini tiba gilirannya pulak.<\/p>\n<p>Tiba-tiba datang sebuah ambulan dan membawa pesakit yang agak tenat.<\/p>\n<p>\u201cKecemasae! Kecemasae!\u201d, jelas pemandu ambulan sambil terus masuk membawa pesakit menemui doktor.<\/p>\n<p>\u201cHuh! Kecing masae\u2026 Ore ni kecing manis, sepatutnya kito keno masuk dulu la\u201d, balas pakcik tadi sambil marah.<\/p>\n<p>Tergelak besar bila aku mendengar cerita ini pada kali pertama.<\/p>\n<p>Pakcik tersilap faham tentang kecemasan dan kencing masam\u2026<\/p>\n<p>Apapun cerita tadi sebagai sampingan aje. Isu yang sebenarnya ialah dari segi mendapat rawatan yang segera dari pihak hospital.<\/p>\n<div style=\"clear: both;text-align: center\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/310375_304343052915198_100000185164553_1512308_35750693_n.jpg\" style=\"clear:right;float:right;margin-left:1em;margin-bottom:1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"0\" height=\"150\" width=\"200\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/310375_304343052915198_100000185164553_1512308_35750693_n-300x225.jpg\" \/><\/a><\/div>\n<p>Sepatutnya, kita sebagai kakitangan kerajaan kategori A tiada masalah untuk mendapat rawatan di hospital. Kemudahan sepatutnya banyak iaitu kemudahan mendapat perkhidmatan wad kelas pertama dan hanya bayaran perkhidmatan yang minima dikenakan.<\/p>\n<p>Tetapi kadang-kadang, apabila kita terpaksa menunggu giliran untuk membuat sesuatu pembedahan maka kita mula mencari alternatif. Alternatif yang ada ialah kita mendapat perkhidmatan di hospital swasta.<\/p>\n<p>Hospital swasta tidak menawarkan perkhidmatan yang murah. Kawan saya yang tidak tahan menunggu giliran untuk membuat pembedahan apendiks di hospital kerajaan terpaksa beralih ke hospital swasta. Akhirnya, bil yang dikenakan ialah hampir RM10,000. Cuba bayangkan kalau kita tidak ada duit pendahuluan (deposit), tak mahu hospital itu menjalankan pembedahan ke atas kita&#8230;<\/p>\n<p>Sebagai alternatif, ramai staf kerajaan mula mendapatkan \u2018medical card\u2019 melalui agen insuran dan takaful.<\/p>\n<p>Aku beberapa tahun yang lepas telah mengambil \u2018medical card\u2019 dari sebuah agen syarikat takaful. Seribu lebih kena bayar. Tahun depan naik lagi\u2026 Akhirnya aku berhenti dari takaful ini. Yurannya naik kerana skim yang kita sertai bilangan ahlinya tak ramai\u2026 mungkin sekitar 100 orang. Lepas itu, mereka yang menyertainya pula, sakit sikit-sikitpun pergi ke hospital swasta\u2026 mana tak naik yurannya? Sepatutnya, kalau bukan sakit yang teruk dan tak \u2018need urgent attention\u2019 pergi aje ke klinik atau hospital biasa dulu. Nak marah merekapun tak boleh, kerana mereka juga menyertai skim ini. Pihak takaful pula, bila lagi ramai \u2018claim\u2019 masuk hospital, lagi naik yuran dia.<\/p>\n<div style=\"clear: both;text-align: center\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/296352_304343509581819_100000185164553_1512312_1903119759_n.jpg\" style=\"clear:left;float:left;margin-right:1em;margin-bottom:1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"0\" height=\"150\" width=\"200\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/files\/2011\/10\/296352_304343509581819_100000185164553_1512312_1903119759_n-300x225.jpg\" \/><\/a><\/div>\n<p>Sekarang aku menyertai skim takaful insuran yang dilaksanakan oleh CUEPECS. Baru sebulan aku pohon dan masih belum mendapat \u2018medical card\u2019 lagi. Harganya agak berpatutan iaitu RM490 untuk seluruh keluarga (tanpa mengira bilangan ahli keluarga). Anak-anak yang masih belajar di universiti juga boleh dimasukkan dalam skim ini walaupun telah berumur melebihi 23 tahun. Kalau tak silap, \u2018coverage\u2019nya setakat RM60K setahun. Bagi staf kerajaan yang belum berkeluarga, bolehlah mengambil skim ini untuk diri sendiri dan harganya lagi murah.<\/p>\n<p>Bagaimana skim ini boleh menawarkan harga yang begitu murah? Ini adalah kerana \u2018pool of customers\u2019 adalah lebih besar atau staf kerajaan yang menyertainya lebih ramai. Dan kedua, tidak semua orang sakit dan bagi mereka yang sakit pula tidak semua mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta. Mungkin tanggapan saya ini betul atau mungkin juga salah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kebelakangan ini untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan tidak lagi semudah dan secepat dulu. Mungkin penduduk semakin ramai, ditambah pula dengan pendatang asing dengan izin dan tanpa izin yang mendapatkan rawatan di hospital kita juga. Mungkin juga bilangan doktor masih belum mencukupi\u2026 Tetapi apa yang penting ialah apabila kita sakit, kita memerlukan rawatan yang mesra, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6955,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-998","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/998","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6955"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=998"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/998\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/wanibrisam\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}