Philosophy

I started my career as a lecturer at a private university in Selangor which called University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY) in May 2023. Later, I was given the opportunity to join the Razak Faculty of Technology and Informatics (FTIR), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur which is now known as the Faculty of Artificial Intelligence (FAI) in February 2024. I am currently under the Department of Intelligence Informatics.

Becoming a lecturer has always been my dream since I was young. I once shared this ambition with my supervisor during my master’s degree and she reminded me that being a lecturer is not just about teaching, but it involves the 7Ps: Teaching (Pengajaran), Research (Penyelidikan), Publication (Penerbitan), Supervision (Penyeliaan), Consultancy (Perundingan), Community Service (Perkhidmatan kepada masyarakat) and Commercialization (Perkomersialan). Her words made me realize that being an academic requires self-leadership and a strong sense of responsibility to grow in all these areas. Through self-leadership, I have learned to set my own goals, stay motivated and manage my time effectively to balance all 7Ps.

What I have understand with the self-leadership is about I need to have self-awareness which means I must understand myself deeply including my strengths and weaknesses and how to use my strengths to improve the quality of my work and personal life as well. For example, if I know that one of my strengths is good time management, I can use this ability to plan my tasks efficiently and meet deadlines. This strength helps me stay organized, reduce stress and improve my overall productivity.

On the other hand, if I realize that one of my weaknesses is communication, I should take steps to overcome it. For example, by actively participating in discussions, seeking feedback and practicing clear and confident communication during meetings or presentations. By improving this skill, I can express my ideas more effectively and build stronger relationships with colleagues and students especially during teaching in the class. Having self-awareness allows me to continuously grow, use my strengths wisely and work on my weaknesses so that they do not become barriers in my personal and professional life.

I also need to manage myself effectively in terms of emotions and decision-making. For example, when facing a stressful situation, instead of reacting emotionally, I can take a short break, calm myself and think before responding. By practicing self-awareness and self-management, I can become more productive, balanced and confident in facing challenges at work and in everyday life. It also helps me to keep improving myself, make better decisions and maintain a positive attitude toward personal and professional growth.

My main strengths are that I am empathetic toward my students and always try to finish my work on time. In teaching and learning, being empathetic helps me understand what my students are going through and how they feel. I can give them the right support and encouragement which makes them more comfortable and motivated to learn. In research and innovation, my strength in time management helps me plan my work properly, stay organized and meet deadlines. This makes it easier for me to stay focused and complete my research tasks efficiently especially when I received the grants, I will make sure progress is within the timelines. In collaboration and professional networking, empathy helps me communicate better and work well with others and being reliable with deadlines helps build trust among my colleagues. In student engagement, my caring attitude allows me to connect easily with students, making them feel valued and supported. Overall, these strengths help me become a better educator, researcher and team member and at the same time creating a positive and supportive environment around me.

However, one of my weaknesses is that I do not have many connections with people from the industry for research. This is because I did not have much experience working with industry before becoming a lecturer at UTM. Because of that, it is sometimes harder for me to start research projects that involve industry partners or get access to real data and support. However, I am trying to improve this by building connections through my colleagues, friends and professional websites. I also try to join conference and events to meet people from the industry and learn more about how they work. I believe that over time, these efforts will help me build stronger networks and open up more opportunities for research collaboration.

By connecting with more people and learning from them, I am setting myself up to reach my long-term goals. In the next ten years, I hope to become an Associate Professor and be known as someone who is experienced and respected in my field. I want to be invited to speak at conferences, serve as an external examiner and become someone other universities can refer to for advice or collaboration. I also aim to get bigger research grants and to guide more PhD and Master’s students who can do quality research. My dream is to grow as an academic who not only teaches and researches but also inspires others and contributes to the university and community.

Thus, I want to build credibility and make an impact in my field by publishing high-impact journals in areas especially natural language processing, information retrieval and machine learning. I also plan to participate in international conferences to expand my professional network and learn about the latest research trends.

In terms of the impact I want to create locally, I aim to produce high-quality undergraduate and postgraduate students who can contribute meaningfully to academia and society. I also want to take part in community projects to help those in need using my knowledge and skills to make a real difference in people’s lives.

Therefore, to apply the principle of self-leadership, I need to set clear short-term and long-term goals so that I could stay on track and do not get lost. I also need to regularly review my own performance to improve and move closer to becoming a better self-leader. In addition, I must stay motivated to keep moving forward even when facing challenges. This principle helps me in different ways. First, they allow me to overcome my weaknesses by identifying areas for improvement and acting to fix them. Second, it helps me to maintain and make the most of my strengths by using them strategically in my work and daily life. Finally, self-leadership supports my continuous personal and professional growth and helping me become more productive, confident and effective in achieving my goals.

Sebagai seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tanggungjawab bukan sekadar menyampaikan ilmu dan kepakaran dalam bidang akademik, tetapi turut melibatkan penghayatan adab, etika, integriti, profesionalisme dan amanah. Nilai-nilai ini penting kerana ia membentuk imej pensyarah yang dihormati, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan membina hubungan berkesan dengan pelajar, rakan sekerja, pihak pengurusan dan seluruh staf UTM.

Sopan Santun dalam Komunikasi Lisan dan Penulisan

Sopan santun dalam komunikasi merupakan aspek yang sangat penting bagi seorang pensyarah. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, komunikasi yang jelas dan sopan membolehkan pelajar memahami ilmu dengan lebih mudah serta merasa dihargai. Misalnya, ketika memberi maklum balas terhadap tugasan atau projek pelajar, penggunaan bahasa yang sopan, membina, dan mesra dapat meningkatkan motivasi serta keyakinan diri mereka. Komunikasi sopan bukan sahaja tentang kata-kata yang digunakan tetapi juga nada suara, bahasa tubuh dan kesabaran dalam mendengar idea atau keluhan pelajar.

Dalam komunikasi dengan rakan sekerja dan pihak pengurusan, etika berbincang secara profesional dan berhemah memastikan cadangan diterima dengan baik, mengurangkan salah faham, dan membina hubungan kerja yang kukuh. Komunikasi yang jelas dan hormat sentiasa dijaga dalam mesyuarat, perbincangan projek dan kolaborasi penyelidikan supaya setiap pihak berasa dihargai dan idea mereka didengar. Dalam penulisan akademik, menghormati pandangan dan hasil kerja orang lain dengan membuat rujukan yang tepat menunjukkan integriti dan profesionalisme seorang pensyarah. Amalan ini bukan sahaja mengelakkan sebarang isu plagiat atau ketidakjujuran akademik tetapi juga memberi pengiktirafan kepada penyelidik lain, menunjukkan penghargaan terhadap usaha mereka dan membantu pembaca memahami sumber idea yang digunakan dengan jelas.

Penampilan Diri yang Sesuai dan Profesional

Penampilan diri bukan sahaja soal pakaian tetapi juga ianya mencerminkan disiplin, profesionalisme dan penghormatan terhadap orang lain. Pakaian yang kemas, tingkah laku sopan, ketepatan masa dan cara berinteraksi dengan pelajar dan rakan sekerja memberi isyarat bahawa pensyarah menghormati diri sendiri, institusi dan orang sekeliling. Penampilan yang sesuai dapat meningkatkan keyakinan pelajar dan memberi kesan positif terhadap suasana pembelajaran di dalam kelas ataupun hibrid. Penampilan juga mempengaruhi persepsi rakan sekerja dan pihak pengurusan. Pensyarah yang menjaga disiplin dan penampilan diri lebih mudah diterima dalam pelbagai kerjasama akademik, projek penyelidikan dan program universiti.

Integriti, Profesionalisme dan Amanah dalam Kerjaya Akademik

Integriti adalah asas utama kepada profesion pensyarah. Integriti membawa maksud bersikap jujur, adil dan konsisten dalam setiap tindakan sama ada dalam pengajaran, penyelidikan atau interaksi dengan pelajar dan rakan sekerja. Amalan integriti ini membantu membina kepercayaan, meningkatkan kredibiliti dan memastikan setiap keputusan serta tindakan dapat dipertanggungjawabkan. Dalam pengajaran, integriti bermaksud menyampaikan ilmu dengan jujur, menilai pelajar secara adil dan tidak memihak kepada mana-mana individu. Dalam penyelidikan dan penerbitan, integriti tercermin melalui ketelusan dalam penulisan dan rujukan supaya hasil kajian benar-benar boleh dipercayai dan memberi manfaat kepada masyarakat akademik.

Profesionalisme pula merangkumi disiplin, tanggungjawab dan kesungguhan dalam semua tugasan akademik. Tugasan perlu disiapkan tepat pada waktunya, mematuhi prosedur universiti, dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan. Amanah tercermin apabila tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan penuh dedikasi tidak kira dalam mengajar, menyelia pelajar atau mengendalikan projek penyelidikan. Nilai amanah membolehkan pensyarah memperoleh kepercayaan daripada pelajar, rakan sekerja dan pihak pengurusan kerana mereka yakin bahawa setiap tugas dan tanggungjawab akan dilaksanakan dengan sepenuh dedikasi dan bertanggungjawab. Dengan mengamalkan amalan amanah, pensyarah dapat memastikan tugasan pengajaran, penyeliaan, penyelidikan dan pentadbiran dijalankan dengan betul dan tepat pada masanya, sekaligus mewujudkan suasana kerja yang dipercayai dan hubungan profesional yang kukuh.

Cabaran dalam Menghayati Nilai Adab dan Etika

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dalam mengamalkan nilai adab dan etika secara holistik. Antaranya ialah menghadapi situasi di mana pelajar atau rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang berbeza, tekanan masa untuk menyiapkan tugasan atau penyelidikan, serta kekangan sumber dalam melaksanakan projek akademik dengan baik. Kekurangan jaringan dengan industri juga boleh menyukarkan pelaksanaan projek penyelidikan yang melibatkan kerjasama industri atau mendapatkan data sebenar yang berguna.

Namun, untuk mengatasi cabaran ini, perancangan masa yang baik, komunikasi sopan dan profesional serta rujukan kepada prinsip integriti dan profesionalisme sebagai panduan adalah sangat penting. Rangkaian profesional boleh dibangunkan melalui rakan sekerja, laman web profesional, serta menghadiri seminar dan persidangan dalam dan luar negara supaya peluang kolaborasi dapat diperluaskan. Dengan usaha berterusan, cabaran ini dapat diatasi dan membantu mencapai matlamat kerjaya jangka panjang. Pada mulanya, proses ini mungkin agak sukar kerana memerlukan disiplin, keberanian untuk berinteraksi dengan orang baharu dan kesabaran dalam menyesuaikan diri dengan budaya serta cara kerja orang lain. Namun, apabila amalan ini menjadi kebiasaan, ia bukan sahaja memudahkan pembangunan jaringan professional tetapi boleh meningkatkan keyakinan diri, kemahiran interpersonal dan peluang untuk terlibat dalam projek penyelidikan yang berimpak tinggi.

Langkah-langkah Memperkukuh Amalan Etika

Beberapa langkah praktikal yang boleh diambil bagi memastikan amalan adab, etika, integriti, profesionalisme dan amanah menjadi sebahagian daripada diri pensyarah. Antaranya adalah:

  1. Meningkatkan pengetahuan tentang kod etika melalui bacaan, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh UTM.
  2. Mengamalkan komunikasi berhemah dalam semua interaksi professional.
  3. Menjaga disiplin dan penampilan diri untuk mencerminkan profesionalisme dan membina keyakinan pelajar dan orang sekeliling.
  4. Menilai prestasi kerjsa dan diri secara berkala bagi mengenal pasti kelemahan dan merancang tindakan untuk memperbaikinya.
  5. Membina jaringan profesional melalui mentoring, persidangan dan kerjasama projek bagi menambah ilmu dan pengalaman.

Refleksi Peribadi dan Matlamat Jangka Panjang

Menghayati nilai adab dan etika memberi kesedaran bahawa kerjaya pensyarah bukan sahaja tentang ilmu dan penyelidikan tetapi juga tentang membina hubungan yang berkesan dan memberi impak positif. Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, matlamat kerjaya adalah untuk mencapai jawatan Profesor Madya yang dihormati dan diiktiraf atas kepakaran dalam bidang akademik. Selain itu, menjadi penceramah jemputan di persidangan, berperanan sebagai pemeriksa luar dan menjadi rujukan oleh universiti lain untuk kerjasama atau nasihat akademik juga merupakan aspirasi. Geran penyelidikan yang mempunyai nilai yang lebih besar dapat diperoleh untuk melaksanakan projek berimpak tinggi dan menghasilkan ramai pelajar PhD dan Master yang berkualiti.

Dengan mengamalkan adab, etika, integriti, profesionalisme dan amanah, matlamat ini mampu dicapai. Nilai-nilai tersebut bukan sahaja membantu mengatasi kelemahan dan mengekalkan kekuatan tetapi juga menyokong pertumbuhan profesional dan peribadi secara berterusan. Usaha berterusan untuk memupuk nilai-nilai ini membolehkan pensyarah menjadi berwibawa, dihormati, dan memberi impak positif kepada pelajar, universiti dan masyarakat.

Kesimpulannya, adab dan etika adalah asas kepada profesion pensyarah yang berjaya dan dihormati. Dengan menghayati sopan santun dalam komunikasi, menjaga penampilan diri dan menegakkan integriti, profesionalisme dan amanah, pensyarah mampu mengajar dan menyelidik dengan berkesan, membina hubungan yang kukuh dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat akademik. Cabaran memang wujud, tetapi dengan kesedaran diri, perancangan yang baik usaha berterusan dan tidak mengenal erti putus asa, pensyarah boleh menjadi pendidik yang diiktiraf, dihormati dan memberi impak positif terhadap universiti dan komuniti sekeliling.

UTM Open Day