Nota Kuliah Subuh (Prof Tahir, 28/10/2016)

​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Saudara semua yg dihormati.

Alhamdulillah…Di antara ‘gist’ kuliah subuh pagi ini (28/10/2016) oleh Ust

 Halim Shah Anuar (📎lihat gambar) di Masjid Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru ialah seperti berikut:
1) Dalam Surah Al-Kahfi ayat 45 (⛵https://www.google.com/amp/s/alquranmulia.wordpress.com/2015/07/19/tafsir-ibnu-katsir-surah-al-kahfi-ayat-45-46/amp/ ) Allah swt memberi tamsilan kehidupan ini spt air utk tumbuhan –> tumbuh tunas –> pokok jadi kering –> diterbangkan angin akan dedaunannya…
2) Perumpamaannya 👆bila hidup kita boleh buat apa saja (sesuka hati utk pilih jalan kesyurga mahupun keneraka) 😐
3) Namun…apabila mati nanti…dah tak boleh dah..:|. Allah swt lah yg akan memilih utk kita samada kesyurga ataupun keneraka 😐
4) Dalam Surah Al-Baqarah ayat 130 (⛵http://tafsirq.com/2-al-baqarah/ayat-130 ) Nabi Ibrahim telah terpilih sebagai org yg soleh –> masuk kesyurga
5) Bagaimana baginda boleh terpilih 👆olehNya??? Ya…krn baginda telah patuh dan menyerah diri kpd Allah swt secara TOTAL (samada masuk aqal ataupun tahu akan hikmahNya…tetap patuh bulat2)👇
6) Cth. diperintah utk menyembelih anaknya Ismail. Cth. diarahkan meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah2 lembah yg kering kontang…semuanya dilaksanakan oleh baginda…
7) Allah swt. merakamkan banyak peristiwa nabi2 dalam Surah Al-Araf…dari nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh dsb.👇
8) Dari umat Nabi Nuh yg   terselamat di atas bahtera, berkembang biak…kemudian mereka berhijrah ke tanah2 besar spt jazirah Arab, Cina, Eropah dsb.:oops:
9) Kemudian ditanah Arab…diangkat 25 rasul. Nabi Hud di Yemen dan Allah  swt menanugerahkan kaum baginda (kaum Aad) kehebatan dgn kekuatan dapat menebuk bukit2…akhirnya engkar lalu Allah swt menghancurkan mereka:|
10) Nabi Salleh di semenanjung Sinai, namun umat baginda (kaum Tsamud) juga engkar…lalu dimusnahkanNya…:|
11) Nabi Luth di Jordan dan kaumnya juga engkar dgn menyembah berhala serta homoseksual..akhir dimusnahkan olehNya dgn halilintar…
12) ….apabila sampai kpd Nabi Muhammad saw, baginda telah berdoa agar tidak ada azab didunia utk umatnya…dan doa baginda dimakbulkanNya…:|👇
13) Namun…hukum dan perintah Allah usahlah dipertikaikan (i.e. jangan sombong dgn Allah…) serta menjadi spt kaum2 nabi yg terdahulu..:|
14) Kesombongan itu berada di dalam hati…:|…jangan sampai sehingga Allah swt menarik pandangan dari dapat melihat kehebatanNya   (⛵

http://tafsirq.com/7-al-araf/ayat-146 ):|
Semoga usaha yg sedikit ini diberkatiNya, dan semoga dapat membantu kita semua, insya-Allah…😌