
#dapur2541 Asam Pedas Ayam. Alhamdulillah 45 min bersilat siap. Lawan dengan roti Kak Norly yang gebu & lembut itu. Masyukkkkk.. jiran bagi salam pun tak dengar.
.
Resepi Asam Pedas Ayam #dapur2541:
.
Cili kering rebus & buang biji
Bawang
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup sikit
Belacan sikit
Bahan ini diblend kan
.
Serai dititik
Ayam potong ikut suka kau
Daun kesum
Bunga kantan
Lada hitam kasar
Minyak
Air asam jawa
Garam & Mushroom Seasoning
.
1. Panaskan minyak & campak serai & bahan blend. Letak sikit garam. Masuk sikit lada hitam kasar.
2. Tunggu sampai pecah minyak.
3. Masuk air asam jawa & ayam.
4. Masuk daun kesum & bunga kantan.
5. Try test tengok cemana rasa, perasakan ikut suka abah kau.
6. Siap & sedia untuk dihidang.
7. Makan dengan nasi putih memang power.
.
Tahap kepedasan ikut suka. Kalau tahap kau budak tadika, jangan letak banyak cili kering tu. Tapi nak cakap satu je, kalau tak pedas, kau nak panggil dia apa? Asam TAK PEDAS? Kalau tak makan pedas pergi masak Sup Ayam senang.
.
Tahap Skill : Senang.
Tahap Sedap : Layannnn.
Masa : Lebih kurang 45 min.
.
Nah cuba. Zaman skrg ni kalau malas memasak lagi aku tak tau la. Resepi lauk bersepah merata rata. Masak sendiri lagi save duit tau tak? Jangan membazir! Kau bukan kerabat diraja Johor.
.
#asampedasayam
#dapur2541