UTMDigital telah menganjurkan kursus Develop Your Personal Brandin: Self Confidence & Public Speaking Skills penceramahnya Puan Nur Farisya Abdul Shukor secara online di platform webex. Penerangan dan pengisian yang baik dan ada aktiviti yang dibuat bersama peserta dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Walaupun ada kekangan masalah teknikal, akhirnya disambung dalam platform Google meet.
Aktiviti ke 2 peserta diminta memilih 1 tajuk dan menyediakan slaid pembentangan dengan mendapatkan maklumat dalam carian ‘google’ dalam masa 20 minit. Saya telah memilih tajuk “Why Personal Branding Important In Today’s Economy?” seperti di bawah. Saya hadir kursus ini bermula 10.00 pagi sehingga tamat jam 1.15 tengahari.