Ramai yang tidak mengetahui bahawa hakikatnya dalam 8 tahun kebelakangan ini (sejak tahun 2010) saya adalah frequent traveler backpacker/flashpacker (solo/duo/group). Cuma tahun 2018 ini saya banyak menunda perjalanan atas kekangan keadaan diri sendiri (tidak sihat). Saya tidak pernah kongsikan pengalaman dengan rakan sekerja melainkan diaorang ketahui sendiri, saya telah mohon cuti dan ke luar negara. Setelah mengikuti program INTERNPRO, (Interactive English Programme) “Around the world in 7200 seconds” anjuran Pejabat Pendaftar, Fakulti Sains & CICT maka saya terpanggil untuk menulis di sini, berkongsi pengalaman saya.
“Travelling SOLO does not always mean you’re alone. You meet marveloues people along the way, and make connection that last a lifetime” – Anonymus
Ingin membina keyakinan diri dan membangkitkan rasa ingin tahu? Pergilah mengembara secara solo. Anda akan bermain dengan segala macam perasaan: High self-esteem, heart pounding, braveheart, pre-caution, curiosity and at the end.. you have to trust your guts ?. Keberanian tidak akan hadir, jika tidak mencuba mengembara solo. Impian takkan tiba-tiba datang menerjah depan mata kecuali kita sendiri merealisasikannya Jika anda masih teragak-agak, solat isthikharah. Betulkan niat, berdoa, tawakkal kepada Allah swt serta mohon restu ayah & bonda. InshaAllah perjalanan sepanjang anda mengembara pastinya berjalan lancar. These are my summary solo travel life stories…
Saya bermula solo dengan menziarahi tempat-tempat menarik di Semenanjung Malaysia (selatan, utara hingga ke pantai timur). Pengalaman 2002 – 2010 saya out-station atas urusan kerja ke Sabah & Sarawak bersendirian juga membina keyakinan diri saya. Sekitar tahun 2000-2006, saya keluar masuk Singapura hampir setiap minggu. Masa tu tukaran wang $SGD tidak semahal sekarang, seronok juga shopping kain ela, bag tangan, kasut & jalan jalan cari makan. Setelah berpindah kerja di Kuala Lumpur Ogos 2006, saya mencuba memandu sendiri / menaiki pengangkutan awam ke Cameron Highlands, Ipoh, Penang, Kota Bharu & Terengganu for solo trip – food hunting.
Kisah Kepulauan Indonesia: Perjalanan solo saya diteruskan ke beberapa bandar besar di Indonesia, mingle around with locals & strangers (ringankan mulut berbual & bertanyakan hal sesuatu tempat). Saya telah mengenali beberapa rakan traveler Indonesia dan berkawan baik dengan pengusaha kereta sewa di beberapa daerah. Bukan keramahan, tetapi keikhlasan kita menerima sahabat baru, ini lah indahnya kehidupan berbudi bahasa satu nusantara. Ada juga beranggapan tidak selamat travel solo ke Indonesia, truth — korang silap. Pengalaman yang terbaik dan sukar saya lupakan sampai bila-bila adalah Indonesia & its part of me & my travel life. Takkan jemu untuk berulang alik ke tempat yang sama, merasai suasana bahagia dan makanan yang enak. I finished exploring Tanah Jawa dan Sumatera pada Mei 2018. Syukur.. Makassar, Sulawesi cadangnya akhir November 2018, mungkin terpaksa ditunda. Beberapa kepuluan kecil di Indonesia still in my bucketlists. Tenang tenang aja, pastinya sampai juga ke destinasinya suatu hari nanti, inshaAllah. Sekiranya ada pertanyaan tentang pengalaman mengembara di negara Indonesia, boleh emelkan terus kepada saya. Saya akan cuba bantu.
Kisah negara ASEAN Bucketlists: Saya mula bergerak travel ASEAN dan menjadikan ianya BUCKETLIST atau SENARAI WAJIB. Bermula dengan menjejakkan kaki ke Indonesia iaitu Bandung dan Jakarta. Kemudian Thailand 1st steps melalui Border Wang Prachan dan Wang Kelian, Kedah. Paling menarik nak pergi tiap-tiap tahun ada je nak selit trip ke Krabi, mungkin keramahan muslim di sana dan makanannya yang marvelous! Geng BBM ada tagline, siapa tak pernah pergi Krabi, belum dapat lesen backpackers. So, apa tunggu lagi? pergilah Krabi. Ada banyak pulau-pulau yang menarik (kalau tengok filem The Beach actor Leonardo Capprio, memang sangat awesome sceneries!). Exploring islands Koh Lipe, Satun Thailand on 2017 with strangers (all girls ok! Kenal satu sama lain dalam group BBM). Salah satu pulau yang agak cantik selain Phi Phi Island. InshaAllah 2019 nanti saya akan membawa diri ke Lipe lagi, tak puas tengok Sunrise & Sunset beach. Negara ASEAN ke-3 adalah Vietnam, saya bersama-sama 14 orang rakan (ada yang bawa anak dan pasangan). Kami rancang trip sendiri tanpa tour mana-mana pun ke Ho Chi Minh city. Skip Mekong River sebab ada anak kecil dan perjalanan yang agak jauh. Alhamdulillah, semua selamat pergi dan balik. I bring my mom along and she’s happy!
Kisah ke bumi kanggaroo: Promo Air Asia Mei 2016, saya memberanikan diri menempah tiket ke Perth, Western Australia. Prepare itinerari 2 bulan sebelum fly, tempah hostel (1st time derrr nak tdo hostel ni ?), rajin google info pengangkutan awam dan baca pengalaman kawan-kawan di FB Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Itinerari done, 3 minggu sebelum Perth trip. Saya ternampak 2 orang BBMers post status cari geng ke Perth, katanya nak share transport (sewa kereta) & jimat travel. Seminggu juga la tiada sesiapa respon. Allah gerakkan hati saya, why not i travel with these guys?Adik-adik je kot, at least ada lelaki yang boleh diharapkan, yea tak? ? Flight kami lebih kurang je. Maka bermula la berbalas mesej DM di FB dan whatsapp. Kami share sama-sama itinerari. About 6 days before fly, suddenly i was informed ada 2 orang lagi rakan sama universitinya bersama ibunya nak ikut trip kami. Alhamdulillah. Makin jimatlah berbelanjaan nanti pabila bahagi 6 orang sewa kereta dengan Aries Rental. Kenal dalam whatsapp je, jumpa kat airport before boarding dan kat hostel di Perth. Perangai semua lebih kurang, Sabahan yang baik hati dan hormat orang tua. At first diaorg macam segan nak cakap sabah, siap minta izin dengan me. I don’t mind at all, faham je bahasa Sabahan. Even we strangers, tapi macam dah kenal lama like family. I won’t forget this trip in life too. Me cuma join diaorang 5 hari je, tak dapat spend lama dengan diaorang. Seminggu cuti? pening boss! Fly back to Malaysia alone, hati berbunga-bunga seronok ?. InshaAllah, jika ada rezeki akan ke Sydney 2019 nanti.
Future Travel Planning: Februari 2019 saya akan ke Brunei untuk melengkapkan jejakkan kaki di bandar-bandar besar ASEAN. InshaAllah trip seorang diri. Doakan saya. Saya akan mendoakan anda juga. April 2019 pula akan ke Koh Lipe island secara solo, ini merupakan trip repeat saya. Sudah ke sana pada tahun 2017 tetapi ingin pergi lagi untuk mendapatkan moment indah dan merekodkan kecantikan pemandangan di sana. Saya masih lagi belum menamatkan travel ASEAN bucketlists, inshaAllah tahun 2019-2020 saya akan cuba (doakan saya sihat). There’s a planning for Philipines and Cambodia too (Myanmar skip until Rohingya issues ends). When we started getting older and restless, terasa nak selesaikan cepat misi bucketlists ASEAN countries ni.
Experiences that you won’t regret it at all. Its reminds all memories back then when we’re living in simple life while we’re young.
Ada beberapa pandangan muslim traveler yang mengatakan lebih baik kita mendahulukan perjalanan umrah @ menunaikan haji terlebih dahulu dari merantau ke negara orang lain. Alhamdulillah saya telah melakukan umrah pertama saya pada tahun 2003 bersama keluarga. InshaAllah masih lagi menabung untuk menunaikan haji. Doakan saya sihat & dipanjangkan umur, semoga urusan haji saya dapat saya laksanakan sebelum hayat saya berakhir. Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan segala-galanya. I urge you to travel, it will giving back happiness in life & strenghten your soul.
“Adventure is a path. Real adventure — self-determined, self-motivated, often risky — forces you to have firsthand encounters with the world. The world the way it is, not the way you imagine it. Your body will collide with the earth and you will bear witness. In this way you will be compelled to grapple with the limitless kindness and bottomless cruelty of humankind – and perhaps realize that you yourself are capable of both. This will change you. Nothing will ever again be black-and-white.”
Please be a traveler, not a tourist. Try new things, meet new people and look beyond what’s right beyond you. Those are the keys to understanding this amazing world we live in.