Program Khas: Jenayah Kolar Putih

with No Comments

Life is nothing but a competition to be the criminal rather than the victim.” ~Bertrand Russell

Alhamdulillah, hari ini UTM mengadakan program khas mengenai Jenayah Kolar Putih di bawah anjuran Kluster Penasihatan Akademik FSSH bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor HEP.

Pautan Webex: https://utm.webex.com/join/fss2.webex
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/humanities.utm/
Penceramah: Ketua Polis Johor – YDH CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay

Saya berpengalaman dengan isu Jenayah Kolar Putih: Komersil. Kejadian berlaku pada tahun 2018, apabila tiba-tiba saya dapat mesej dari jiran mengatakan Inspektor Polis datang ke rumah dan mohon telefon beliau semula. Saya telah menghubungi beliau dan bekerjasama menjawab soalan ringkas dan beliau akan hadir ke rumah saya untuk siasatan lanjut.

Kes jenayah komersil ini apabila penjenayah menggunakan alamat rumah saya untuk tujuan buka akaun Bank dan Insuran. Saya maklum sebelum ini ada beberapa surat-surat dari pelbagai bank penama yang sama. Saya menganggap bahawa penyewa sebelum ini tetapi rupa-rupanya beliau adalah penjenayah yang dicari oleh polis. Saya ada kumpulkan surat-surat berkenaan dan meletakkan di bawah (post box area) beserta nota kepada posmen dengan harapan posmen ambil semula. Polis pun ada melihat surat-surat tersebut dan saya telah serahkan kepada pihak polis untuk bukti siasatan mereka.

Saya tidak pasti pihak polis telah berapa lama menghendap dan memerhatikan rumah saya tetapi sejak berjumpa Inspektor polis tersebut cuma ada sekali sahaja pihak polis lain telefon saya. Saya juga telah berjumpa Pegawai Undang-Undang UTM untuk mendapatkan nasihat tentang kes ini dan melaporkan kepada Bahagian Keselamatan UTM dan membuat laporan polis sebagai back-up report membantu saya jika ada perkara berbangkit tentang kes ini di masa akan datang. Sudah beberapa tahun berlalu, saya pun tak pasti penjenayah tersebut telah ditangkap ataupun tidak.

Moral of this story; jangan panik jika ada pegawai Polis hadir ke rumah. Beri kerjasama kepada pihak polis berkenaan untuk membantu siasatan mereka. Segera dapatkan khidmat nasihat pakar contoh Pegawai Undang-Undang sekiranya kes melibatkan harta benda Universiti. Buat report di Balai Polis sekiranya anda rasa terancam dan risau anda disyaki bersubahat dalam apa jua kes melibatkan jenayah.