TIPS (1) SOLO BACKPACKER

with No Comments

Kadang-kadang manusia terlupa bahawa banyak kemungkinan yang berlaku jika kita menjadi “solo backpacker”.  Sejauhmana pengetahuan anda untuk melancong? Banyak info kita boleh dapati dengan hanya bertanya dengan pakcik “google”; so..jangan malas-malas ya!

My favorite website i MUST refer before i start backpacking before and after:

Travel info and tips; contoh blogger/laman sesawang yang boleh anda jadikan panduan:

~ http://bemusedbackpacker.com/2013/11/11/solo-female-backpacker-safety-tips/

~ Favorite Malaysian Bloggers (ramai..tapi ni paling best bagi aku la):
http://www.hamydy.wordpress.com (bro yang paling humble dan tak pernah lokek ilmu dan tips berguna)

~ http://supermengmalaya.blogspot.com (sempoi, dah pergi banyak tempat #tabikspring. Storiboard terbaik la, mudah faham. Penuh dengan gambar + video lagu-lagu lagi..hehe)

~ http://www.backpackingmalaysia.com/ (Latest info about beautiful places in Malaysia)

Travel Guide info: wajib baca & explore untuk dapat mmklumat pasal tempat yang kita akan kunjungi (penginapan, pengangkutan, tempat-tempat menarik, tourist review, makan places etc). Semak juga jika ada kes-kes bombing atau rusuhan, bencana alam dan lain-lain. Jika dah terbeli tiket, kita boleh tunda perjalanannya. Keselamatan diri lebih penting dari mencari keseronokan.

Lokasi dan contact number #musthave: Pejabat Kedutaan Malaysia, Pejabat Polis berdekatan, Hospital. (android apps kan macam-macam, bleh download)

Weather Broadcast: IMPORTANT! Sila semak cuaca kat tempat kita nak pergi. Boleh standby ponco @ payung & topi. (Aku prefer bawak jaket/windbreaker, shawl & ponco)

Lite bagpack
Jangan mengada-ngada nak bawak beg besau & tarik bagai, kalau boleh nak bawak baju 1 almari. Sebab ko sendiri akan angkut kat belakang (ingat ada porter ke?). Kata backpacker…so..akan banyak berjalan. Agak-agak mau shopping, bawak beg extra yang ringan dan mudah dilipat.

Waktu Solat & kiblat
Bagi seseorang muslim, ini penting. Kita mesti solat dan berdoa semoga perjalanan kita selamat. Mana jua kita berada; Allah tetap bersama kita. Yakin & tawakkal.. InshaAllah.

Travel Insurans: Wajib. Boleh pilih mana-mana syarikat insuran yang anda minat. Saya selalu menggunakan khidmat Smart Traveller by AXA.

Harap sedikit info ini bermanfaat untuk semua. Selamat berbackpacking & jelajah 1 dunia!!

Chasing your dream. I’m not travelling to find myself. I know exactly who i am & who i’m not. I’m only allowing the world to make me fall in love with more and more adventures.