Pejam celik, pelbagai isu pandemik cov19, hampir 4 tahun juga tidak menjejakkan kaki ke Jakarta. Penerbangan terus dari Senai pun sudah dihentikan sementara waktu barangkali? Apatah lagi bumi Aceh yang senantiasa dirindui. Serambi Makkah, masih ada kesempatankah untuk menjejakkan kaki ke sana lagi? Tahun 2022 ini sudah 3 kali Ramadan tidak ke Aceh, sad but true. Doa semoga sahabat Aceh sihat dan dilindungi Allah swt, panti asuhan dan rumah anak-anak yatim sentiasa dilimpahi rezeki sepanjang Ramadan dan hari-hari akan datang. Saya masih menunggu dengan tenang, walaupun di dalam hati teringin kembali menyelusuri bumi dan ceruk kampung, menikmati kehidupan masyarakat Jawa & Sumatera, mencuba makanan lokal, solat di dan musafir secara solo ke Indonesia. Mungkin kita simpan angan-angan indah ke tahun 2023. Ada juga DM pada teman-teman petualangan yang aktif mendaki gunung dan cirug, mampu lihat gambar yang cantik sambil membaca nukilan cerita mereka. InsyaAllah, satu hari nanti saya pasti ke Garut, Jawa Barat. Daerah berdekatan dengan Bandung. Perubahan fasa ke Endemik ini menjadikan kita semua menerima dengan redha, virus ini akan hidup bersama-sama sekeliling kita. Sentiasa menerima arahan kerajaan, berhati-hati menjaga S.O.P dan menjaga kesihatan masing-masing. Perjalanan ke luar negara juga perlu perancangan teliti dan ada plan A, B & C. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt. insyaAllah. Stay Safe travelers. Salam sayang buat teman-teman nusantara.. i miss Indonesia! #travelYD
Travel in Endemik?
on March 22, 2022
with
No Comments