Kenangan mengusik Jiwa ~ Bau Gunung & Air Terjun

with No Comments

Dalam hati tu kadang-kadang menjerit nak masuk hutan, camping & daki gunung semula. Allah sahaja yang tahu. Rindu bau gunung, mandi sungai/air terjun, masak2 guna messtin, menikmati keindahan flora fauna & pemandangan indah dari atas gunung. Tak selesai G7 summit, Kinabalu hanya di kaki gunung sahaja. Among all waterfalls, Air Terjun Jerangkang, Maran Pahang always be my favorite place in Malaysia. Setiap gunung takkan sama bentuk muka buminya dan setiap sungai/air terjun tidak sama. Mengumpul kekuatan dan keringat, menikmati keindahan, kepuasan & syukur pabila selamat naik & turun gunung tanpa ada apa-apa masalah. Faktor usia semakin meningkat dan tahap kesihatan yang semakin menurun beberapa tahun ni, buat aku berfikir dan banyak muhasabah diri serta memujuk hati. Just stop & NO turning back. Pencen sudah, bagpack pun dah gantung dan tak beli baru. Kasut boot hiking tu bila ternampak, bersihkan je la masuk semula dalam gerobok. Barang-barang camping simpan elok dalam kotak kat stor belakang. Sentiasa bersyukur dengan redha & nikmat Allah. Syukur dah melalui pelbagai pengalaman dan kenangan yang aku lalui sepanjang kehidupan sebelum ini. Menjalani hari-hari meniti usia dengan pelbagai aktiviti yang mampu dibuat sahaja, Jalan Jalan Cari Makan & travel. Thank you Allah…2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣ i’m blessed! #tbtYD #deepthoughtshikers