Apa itu Strok?

with No Comments

Sepanjang tahun 2022 ini beberapa rakan saya termasuk bos dan ex-bos telah diserang penyakit strok. Marilah kita sama-sama ambil tahu dan sentiasa waspada dengan penyakit ini.

  • Juga dikenali sebagai penyakit serebovaskular
  • Berlaku apabila saluran darah tersumbat atau pecah lalu menyebabkan kegagalan beberapa bahagian otak untuk berfungsi
  • Bahagian-bahagian otak yang kritikal boleh mengalami kerosakan kekal yang tidak boleh dirawat
  • Strok ada 2 jenis iaitu

    Strok Iskemia :  Saluran darah tersumbat dari bahagian dalam, menyebabkan pengurangan aliran darah yang

    Strok Berdarah :  Saluran darah yang telah pecah dan menyebabkan kebocoran darah di dalam otak

  •  Antara tanda-tanda amaran strok seperti kesukaran keseimbangan, perubahan penglihatan, kelemahan otot muka, kelemahan tangan dan kesukaran percakapan.
  • Faktor yang menyebabkan strok: usia semakin meningkat berisiko menghadapi strok, gaya hidup yang tidak sihat (contoh: merokok, obesiti), sejarah keluarga, kondisi kesihatan sedia ada (contoh: hypertension – darah tinggi) dan keturunan etnik (contoh: india, afrika, caribean)

 

(sumber: https://mystrokehospital.my/apa-itu-strok/?lang=ms)