Kecoh beberapa hari ni pasal penumpang kena ‘sidai’ kat airport dari malam sampai ke pagi. Sejak 2020 – 2022 ni me dh kurang naik kapal terbang , but still feel seronok berlari kejar flight & byk bertenang bila sampai awal. Alhamdulillah.. pengalaman me dgn airlines ni paling lewat pun 3 jam lebih via Sriwijaya air @ Juanda International airport ke Yogyakarta (belum lagi kecut perut take off bergegar kapal, chaos skjap ?). I choose to take flight from JHB-Surabaya (AA) and Surabaya -Yogyakarta (Sriwijaya) that time sebab i thought boleh sampai awal, hampeh! i’m killin’ ma time melilau mata tengok perangai orang sambil tengok jam (confirm makin lambat ni!). Penat tunggu kat boarding room saja la pergi kat kaunter berbual-bual dgn crew tanya lama lagi ke? katanya kena tunggu flight sampai dari mana tah (lupa). Mulut ni ringan tanya pasal air dan makanan takde ke sbb dah nak 2 jam ni. Tak lama tu mai crew bawak bakul makanan, maka sis merasa la air + roti sari. Syukur, ada makanan sbb agak lapar penat menunggu, emosi pun agak terganggu jugak. Sengih je la kami semua sambil makan. Yang bagusnya orang Indonesia ni takde la nak kalut, marah-marah dan lebih banyak rileks je. Agaknya asal dapat sampai balik kampung dengan selamat jumpa family cukuplah kot. Crew pun ada berlegar2 kat kaunter. Full board flight masa tu dan kebetulan i sorang je Malaysian, lain-lain local people. Mudik katanya sebab cuti CNY ? ramai jugak kat airpot Juanda termasuk la me yang sibuk join sekapal, padahal nak pergi bercuti dgn Hajjah Nina dan Zu, sian Pak Supir & diaorang tunggu me lama kat airport. Esok paginya selepas subuh kami ke kaki gunung Merapi. No offence to others countries airlines but how they could manage operate and organize their team during delayed time its much respected. Lesson learnt and no finger points to others. Just admit it and improve it for our better airlines future.
Flight delay lebih 6 jam; tiada pemakluman dan bantuan crew kat boarding area its abnormal. But still.. ini salah satu kemungkinan masalah yang kita kena hadapi cuma mungkin pihak pengurusan airlines boleh tengok semula untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka dari masa ke semasa. Minta maaf selepas kejadian, takde impak apa pun kalau terpaksa juga terbang dgn airlines yang sama. Yang pentingnya, kita kena bijak pilih masa flight schedule pergi & balik sebelum confirm nak bayar tiket. Flight cancel tu biasa..?
Stay calm + chillax guys. Enjoy your flight!