Kalendar Akademik PPPJJ USM ada 3 minggu untuk semua pelajar dikehendaki berada di dalam kawasan campus USM. Hadir kuliah secara face to face, ambil kad matrik, siapkan assignment, hantar assignment dan hadir ujian bersama rakan-rakan lain. Setelah mendapat kelulusan dari pengurusan fakulti dan UTM bagi permohonan CKS dan cuti sebelum ini, alhamdulillah.. aku gigih hadirkan diri dengan memandu ke Kuala Lumpur 2 hari sebelum pendaftaran masuk ke kampus pada 28 Februari 2023. Bukan dekat ya dik non dari Skudai, Johor ni nak sampai ke USM Pulau Pinang dengan pemanduan yang ala-ala santai dan kadang kadang jadi Lewis Hamilton bila hilang sabar..huhu. i stayed in Residensi UTMKL 1 night and sempat la buat assignment video and sharing with group classmate sebelum sambung pemanduan ke Pulau Pinang. I met my fellow bestie SuZalpha & brekkie gurl’s talk on few things happened to her & sharing few tips. Then about 10am baru bergerak keluar KL. Sebenarnya nak elakkan dari road jem orang pi kerja, sebab tu la chill2 lepak santai breakfast lama sikit. By the way, atas belas ikhsan si dia yang tersayang, maka dihantarnya Driver Pak Maon (bukan nama sebenar) bantu saya memandu dari KL sehingga ke USM Nibong Tebal. Setelah hantar driver naik ETS KTM Nibong Tebal, saya memandu sendiri memasuki jambatan ke-2 Pulau Pinang, it was 1st time experience in life. Sebelum ni kalau pi Penang, mesti tempah flight AA direct Senai to Penang, sejam je dah sampai. Hujan renyai-renyai mengiringi sepanjang perjalanan atas jambatan dan terus ke hotel untuk check – in. perut dah tergedik-gedik lapar, apa lagi .. pi serbu Kayu Nasi Kandar Original (depan hotel je). Keesokan paginya jam 8.15pagi me drive to campus dan masuk ikut pintu yang terdekat. Daniel dah terpacak tunggu kat padang kawad. Tapi me terus pi daftar dulu masuk asrama. Terperanjat jugak la tak perlu beratur, agaknya special sikit untuk student yang ada penyakit dan berumur macam me. Btw i stay sorang je yea kat bilik asrama, jangan tanya pasaipa. Ini semua Bae i punya kerja..hahaha. Alhamdulillah. Daniel bantu me angkut barang masuk bilik asrama then kami pi makan nasi kandar kat area George Town. ini jugak 1st time jumpa Daniel, biasanya kitaorang dok merepek dalam group whatsapp je. Adik-adik group Sainsn Politik me ada 5 orang yang sempoi dari pelbagai keturunan, mai dari Penang, Kulim dan Sabahan. Kelas dan test macam biasa as student in campus. Paling struggle bila test online dan kelakar jugak la bila ada group lain join us (me, Daryl, Sharip & Vkong) kat Library Hamzah Sendut. Terkejut jugak la bila naik library lepas solat asar sharip bagitau “team Avengers mau join the club” aigoo… ini semua lelaki, aku sorang je pompuan. Our 2nd test going smoothly and tenang jugak la, share jawapan but hectic bila dah nak habis masa submit test. Pastu boleh gelak ramai-ramai, sampai few student say shhhh…. kami buat tak tau, pack bag terus blah. Puas hati sebab berjaya jawab, lulus belakang kira. Makanan dalam campus ada banyak choice, but i prefer beli kat luar dan kadang-kadang memasak kat bilik (bawak sendiri stove electric masak bubur, sup korea & megi sup). Subaidah pun tak berapa best sangat, tapi rasa jugak la nasi kandaq depa. boleh la… i bg 2* out to 5. At first ok je masuk kelas macam biasa until 1 day i was so lame, demam panas dan blood pressure me high kala maghrib. Selepas 1 jam i tahan sakit, me sempat mesej kat group bff, hanya Daniel je balas sebab kebetulan dia ada kelas kat dalam kampus malam tu (Daryl and sharip mampos tidur tak sedaq, Ika kat rumah memang tak layan mesej malam2 dan Humaira kat party bday keep on mesej tanya me ok ke tak). Sibukla Daniel call ambulan dan Pak Guard USM bagitau me sakit kat hostel. Dikejarkan ke hospital besar Penang via ambulance about 9.45pm dan duduk kat kecemasan (red area) about 1 hour, then change to yellow area. Hampir 1.30 pagi baru Doktor kata me boleh balik kampus setelah b.p turun below 140/100. Daniel jugak la yang pick up me dari hospital. Thanks dik..jasamu dihargai.
Hampir 2 minggu lebih me dalam campus dan balik lebih awal, ma dotter Miza mai Penang naik bas dari KL dan stay kat bilik 1 malam. Esoknya drive back to Johor selepas hantar kunci bilik jam 9.00am. Actually ada 2 kelas me skip f2f sebab tak larat nak fly naik AA walaupun tiket dah beli. Sempat emel kepada lecturer mohon maaf tak hadir kuliah, rupa-rupanya kelas terakhir tu banyak merapu je… syukur me dah balik awal. Terima kasih atas pengalaman yang tak dapat dilupakan pada Tahun 2023 sebagai pelajar USM. Semoga hari-hari mendatang menjadikan me lebih kuat untuk berusaha lebih berjaya dalam pelajaran. Terima kasih my bff USM, dotter Miza, family and Bae yang banyak berikan sokongan moral dan sentiasa ada di kala suka dan duka.. Stay strong and keep on strive hard YD!! you can do it!
Sharing video hostel room tour USM