Ramadan tahun ni disambut dengan ala kadar memandangkan me baru balik seminggu dari USM; tak dapat la nak prepare tolong mom apa pun. Sederhana sahaja kami anak beranak, alhamdulillah dapat berkumpul setiap hujung minggu buka puasa sama-sama. Sambutan Aidilfitri 2023 secara sederhana, tak sempat nak beli kasut dan handbag, cuma grab baju 3 pasang sahaja atas kesibukan me selesaikan assignment dan ada beberapa test sebelum cuti beraya. Yang bestnya ini tahun puasa penuh. Macam tak percaya, tapi begitula alkisah Ramadan tahun ini. Semoga Allah swt temukan kita di Ramadan tahun hadapan, inshaAllah.
Syawal menjelma dan aku la insan paling gembira sebab me lahir pagi 1 syawal ya. Ada kisah masa kelahiran me (malas nak cite). Syawal kali ni ada kelainan sedikit sambutan nya sebab me and mom decide untuk beraya di Bukit Batu (rumah peninggalan Atok sekarang diduduki oleh Pak Long abang mom). Niat nak beraya jauh terpaksa dibatalkan setelah kena sound dengan Pak Long “jangan nak bawak adik i pergi mana-mana ya. Datang beraya kat sini” hurmmm.. baru plan nak beraya di perantauan, niat mau tempah flight ticket AA cancel akhirnya. Baru nak jalan jalan beraya kat Penang..huhu. Sebenarnya adik beradik me yang lain semua beraya kat rumah pak & mak mertua, so kami berdua ambil keputusan nak pergi jalan-jalan je la. hurrmm… cancel. Me pilih pakai dress kelabu pagi raya dan tukar baju lain sesi petang sebab pi beraya rumah atok sedara. Raya ke 2 baru balik Teratak Bonda dan plan nak masak apa sebab hari raya ke 3 baru adik beradik me kumpul. Jemput jugak semua keluarga lain, not so mini open house la tapi kami hidangkan ketupat dan lauk raya 4 jenis. Bajet mercun me RM100 tahun ni dan duit raya lebih sikit, kongsi rezeki dengan semua.
“Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin dari saya dan Bonda Hajjah Kamsiah”