Penat berhempas pulas siapkan assignment baru je selesai akhir bulan Mei lepas, dah sibuk nak final exam pulak. Tarikh peepriksaan akhir pada 9 hingga 30 Julai 2023. Lokasi pula di Dewan Sekolah Men Keb Tasek Utara. Sempat pi survey 2 hari sebelum exam kat mana sebab bukannya semua area kat JB ni me tahu jalan nya. Cuma letih sikit la nak bekejar elak traffik bila exam start at 9.00 am. Keluar awal dari Skudai jam 7.30 pagi, inshaAllah sampai 8.30 pagi. Sebenarnya 20 minit je boleh sampai, disesabkan road penuh dengan kenderaan maka bertabahla sejam kadang kadang lebih dok atas jalan. Time final exam ni pulak ada event golf, bantu juga la Mr Ganesan dan Hairudin apa yang mampu. Tiket Cabutan Bertuah dan no cabutan bertuah me cuba buat. Sempat terima barang barang hadiah dan goodies golf dan beritahu team urusetia me tak dapat tolong sebab tengah final exam. Syukur depa semua paham.
Result test dah dapat dan 7 subjek dapat A & A- dan hanya 1 je B- iaitu Ekonomi. Nampaknya final exam ni kena struggle lebih la untuk few subjek. Doa dan terus berdoa walaupun telah berusaha dan tawakkal. My brain got drizzle upside down few times before final, agaknya sebab faktor umur. Syukur alhamdulillah berjaya selesaikan final exam dengan baik. Terus bekejar ke padang Golf Horizon Hills GC dan Forest City GC sebab jadi urusetia hadiah Golf UA2023 tahun ni UTM jadi tuan rumah.