“Engkau bersedkah pada saat kamu masih sihat, saat kamu takut menjadi fakir, dan saat kamu berangan-angan menjadi kaya. Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di tengkorok, kamu baru berkata; ‘Untuk si polan sekian dan untuk polan sekian, dan harta itu sudah menjadi hak si polan” (HR Bukhari 1419 dan Muslim 1032)
Ini merupakan projek amal persendirian (beberapa rakan-rakan x-UiTM Jengka Buddies). Cetusan idea apabila kami melihat betapa aktifnya Mizz Nina & Noh Salleh dan Nurheliza Helmi bersama beberapa NGO menyalurkan sumbangan dalam dan luar negara. Kali ini kami melancarkan secara besar-besaran melalui Facebook, Instagram dan Twitter/Whatsup Group. Alhamdulillah, mendapat perhatian beberapa pihak yang sudi memberikan sumbangan. Ada juga sumbangan peribadi yang mencecah ratusan ringgit walaupun kami cuma melancarkan kempen #projeksedekahRM10 sahaja.
Projek Sedekah RM10 Edisi 2.0 ini telah dilaksanakan pada 26 – 29 Mei 2018 dengan bantuan oleh beberapa rakan dari Banda Aceh. Ianya berakhir dengan baik dan segala urusan pengagihan telah berjalan lancar walaupun dalam kekangan masa dan kami bekejar untuk menunaikan solat terawikh di Masjid Besar Baiturrahman. Sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak RM3,140 dan dibahagikan sama rata, diserahkan ke rumah anak yatim/sekolah tahfiz di Banda Aceh, Indonesia.
Sumbangan rakan-rakan/keluarga FB Hajjah Sazalina dan lain-lain (kutipan bermula Februari 2018) telah disampaikan ke tiga (3) buah rumah anak-anak yatim iaitu Yayasan Penyantun Islam, Rumah Yatim dan Yatim Tahfidz Baitul Quran, Darussalam. Wang tunai, barang-barang keperluan asas dan makanan asas telah diserahkan kepada pengelola/pengurus setiap lokasi yang kami pergi. Ada dua (2) sumbangan peribadi berbentuk makanan dalam kotak (nasi & lauk pauk kos RP20k-RP30k dalam 40 hingga 60 kotak disediakan dan dihantar sebelum iftar pada 27 & 28 Mei 2018 di 2 buah Rumah Yatim dan pesantren yatim yang lain.
InshaAllah program ini akan diteruskan di Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa dengan bersedekah. InshaAllah barakah. Semoga jiwa-jiwa kita akan tenang, infaq wang tunai tersebut juga dapat membawa meringankan beban mereka yang memerlukannya. Ganjaran Allah swt pasti ada. InshaAllah.
Projek Sedekah Edisi 2.0 berakhir pada 13 Ramadhan 1439H. Panjang umur, murah rezeki kita, diberikan kesihatan yang terbaik akan kembali ke Banda Aceh lagi, bumi serambi Mekah yang makmur & keramahan rakyatnya. Tidak kira di mana sahaja, siapapun antum yang berhati mulia membantu anak-anak yatim tidak berkemampuan, TERIMA KASIH. Jazakallahu khair..
#projeksedekahRM10