Happy New Year 2019

with No Comments

Hari ini merupakan hari terakhir 31 Disember 2018.  Banyak pengalaman dan memori yang berlaku di sepanjang hidup tahun ini.

Kisah kaki patah  & retak (sebelah kanan) akhir Ogos 2018 paling perit, terpaksa menggunakan topang dan tongkat, sebulan MC duduk di rumah kampung (tetapi masih bersemangat melakukan tugasan pejabat). Kesakitan kaki masih lagi terasa, mungkin desakan melangkah laju sedangkan doktor ada maklumkan dalam 6 bulan baharulah sakit itu benar-benar pulih. Disebabkan kaki sakit juga, keadaan diri jadi tidak menentu. Kadang-kadang blood pressure terlalu tinggi (>200) memerlukan saya berehat lebih banyak di rumah. Alhamdulillah tahun ini saya cuma dijangkiti demam dua kali sahaja.

Kisah travel saya yang juga agak berkurangan, kerana lebih berhati-hati memilih tempat yang ingin dilawati memandangkan banyak isu dan bencana akhir-akhir ini. Saya telah menghabiskan travelog dan pengembaraan saya di bumi Sumatera dengan mengunjungi  Medan (Lake Toba-Samosir), Indonesia (Februari), Jakarta (Mac) dan akhirnya Banda Aceh (Mei). Selesai eksplorasi ke seluruh Tanah Jawa & Sumatera Indonesia, cuma berbaki beberapa kepulauan di Indonesia dan Sulawesi. Sebenarnya saya bercadang ke Makassar pada November 2018, disebabkan bencana tsunami di PALU, saya memutuskan untuk menangguh ke tahun 2019 atau 2020.  InshaAllah. Saya juga ke Kuching, Penang dan Singapura bersama-sama Dalinah dan Nurul Hamizah for food hunting.

 

Perjalanan travel saya tidak akan terhenti di sini. InshaAllah akan diteruskan selagi hayat masih ada, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah (doakan saya!).  Tiket Air Asia yang telah confirm pada Februari, April dan Mei 2019. Cuma menunggu promo bulan Julai, inshaAllah ke bumi kanggaroo lagi. Doakan saya ya, dan saya akan mendoakan untuk awak juga. Jom kita mengembara di bumi Allah ini.

Happy New Year 2019. May the coming year will brings cheerfulness, accomplishment, harmony, trust & prosperity to you. Wishing you beautiful moments, treasured memories, and all the blessings a heart can know. Be kind one another.

 

“Travelling ~ Its leaves you speechless, then turns you into a storyteller” – Ibnu Battuta