Ini merupakan salah satu contoh ucapan aluan awal tahun Ketua Jabatan semasa perjumpaan bersama staf. Pengalaman saya sebelum-sebelum ini ada juga menyediakan teks ucapan jamuan Majlis Konvokesyen (Program Kerjasama), Datuk Naib Canselor (Majlis Konvokesyen (Program Kerjasama). Bila dah berpindah jabatan ke CICT Ogos 2014, memang tak pernah buat teks ucapan ni. Bila bertukar Pengarah Februari 2016, ada permintaan dari boss baharu, jadi rutin pulak setiap tahun. Puas jugak tanya pakcik google dan tengok beberapa contoh ucapan, dapat juga hasilnya dalam masa yang singkat (dapat arahan subuh hari..huhu). Penyediaan teks ni tak semestinya keseluruhan diterima, ada perkara-perkara penting sahaja yang diambil. Lain-lain ditambah oleh boss saya sendiri.
Saya kongsikan contoh teks ucapan, semoga bermanfaat buat semua.
Aluan Ucapan Tahun Baharu 2018
(Pengarah/Chief Information Officer (CIO))
1. CICT harus berupaya memainkan peranan secara optimum bagi memastikan perkhidmatan ICT sentiasa ditambah baik. Transformasi penyampaian perlulah diperkasakan melalui pengurusan organisasi dan penggunaan teknologi ICT yang inovatif dan mampan. Ini perlulah juga diselaraskan dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang efektif, efisyen, integriti dan responsif memenuhi permintaan (the demands) yang tidak terhad (unlimited demands).
2. Perkongsian maklumat ICT misalnya perlulah diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan artikel dan dirangkumkan dalam bentuk buletin untuk dimanfaatkan oleh semua pihak. Ini tidak tertumpu kepada projek atau program ICT sahaja, malah juga bagi projek dan program pemodenan tadbir urus dan pengurusan. Melaluinya, bukan sahaja pada masa kini, malah anak-anak pewaris masa depan akan dapat menjadikannya sebagai sumber rujukan yang berguna.
3. Jerayawara, promosi produk, perkhidmatan dan inisiatif yang dihasilkan oleh CICT perlulah lebih dipergiatkan agar dapat disebarluaskan secara menyeluruh. Pendekatan strategik dengan mengintegrasikan respon warga kampus yang sering mempersoalkan kecekapan penyampaian perkhidmatan ICT, dibawa kepada satu bentuk gagasan pemikiran ilmiah dan
maklumat yang boleh kita berkongsi dapat menambahbaik
penyampaian perkhidmatan CICT amnya.
4. Wacana ilmu bersama-sama dengan pakar dari CICT dan jabatan lain untuk mendapatkan perkongsian idea, pengetahuan dan cadangan untuk mentransformasikan CICT tidaklah menjadikan kita sebagai organisasi yang rentan tetapi percayalah ia adalah untuk kebaikan masa hadapan CICT. Kita perlu lebih proaktif dan sentiasa di hadapan dalam menghasilkan nukilan ilmiah dan mendekatkan CICT dengan warga kampus UTM.
5. Optimumkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman, maklumat, sumber dan kemudahan serta budayakanlah amalan seamless dan kesepakatan dalam melaksanakan tugasan. Perlulah bersifat responsif, iaitu pantas bertindak dan membuat keputusan di samping peka terhadap ekspektasi dan kehendak pelanggan agar perkhidmatan yang diberikan mendahulukan warga kampus UTM serta mengutamakan pencapaian.
6. Warga CICT adalah disaran melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran baharu agar berupaya menyumbang berteraskan kepada kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan perkhidmatan dan produk yang berprestasi tinggi dengan bertunjangkan kepada integriti serta kebertanggungjawaban. Harapan menggunung saya, CICT akan terus kekal relevan di persada global transformasi penyampaian perkhidmatan awam.
7. Justeru itu warga CICT, milikilah permikiran yang big and bold. Jadilah the alchemist yang mempunyai keupayaan untuk mencipta semula (ability to reinvent), jadilah the strategist yang memiliki keupayaan untuk mengubah (ability to transform), dan jadilah the achiever yang mengungguli keupayaan untuk berfikir ke hadapan dan menyeluruh (ability to think forward and across).
Dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim, saya merasmikan Majlis Wacana Ilmu ICT bagi tahun 2018.