Trip HO CHI MINH in memories

with No Comments

Ada sahabat yang bertanyakan tentang pengalaman saya ke Vietnam iaitu bandar Ho Chi Minh. Trip saya bersama-sama 16 orang rakan-rakan UTMSPACE pada tahun 2013. Kami bergerak menaiki 2 buah teksi dan kami lebih banyak berjalan kaki. Seronok berjalan-jalan kat sana walaupun udaranya tak berapa elok. Saya nasihatkan supaya memakai penutup mulut & hidung.  Ada info saya dapat dari blogger untuk rujukan semua.

PERINGATAN: Risiko untuk barangan anda dicuri atau ditipu sentiasa ada. Salah satu kerisauan bila berada di bandar ini adalah pencuri dan perompak sentiasa berlegar-legar memerhatikan anda. Disini ada beberapa langkah untuk mengurangkan risiko tersebut:

1) Teman – Elakkan merayau seorang diri. Anda akan menjadi sasaran mudah sekiranya kelihatan merayau seorang diri. Oleh itu dapatkan teman.
2) Kamera – Anda tidak sepatutnya memegang kamera secara terbuka. Selalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling apabila mengambil gambar di tempat terbuka.
3) Telefon – Jangan gunakan telefon bimbit anda ditempat terbuka seperti jalan yang sibuk. Biasanya bila saya perlu menggunakan telefon, saya akan masuk ke dalam kedai berhampiran sekejap.
4) Dompet – Selalunya saya menyimpat dompet di dalam poket kanan depan dan menyimpan sedikit wang kecil di poket kiri. Dengan cara ini, jika saya perlu membeli, saya tidak perlu mengeluarkan wallet saya seketul. Untuk wanita, elakkan membawa handbag untuk mengelak menjadi mangsa ragut.
5) Kawasan tumpan pelancong – Penyamun biasanya suka berlegar-legar dikawasan tumpuan pelancong, oleh anda harus sangat berhati-hati dengan barang anda di kawasan ini.
6) Tawar-menawar – Cuba buat tawar menawar sehingga ¾ dari harga yang diminta. Namun mengikut pemerhatian saya, harga pasar malam adalah lebih murah dari Ben Tanh.
7) Teksi – Jika anda ingin menggunakan teksi, pastikan anda menaiki teksi bermeter dari syarikat yang benar-benar boleh dipercayai. Antara yang disarankan adalah Vinasun.

 

Itinerari Trip Yat & 16 Gang ke Ho Chi Minh (HCM)

HARI 1:
Flight dari KLIA2 ke Tan Son Nhat International Airport T2
Dari airport ke Ben Thanh naik bas 152 (keluar airport sebelah kanan, tempat tunggu bas)
Sampai di Ben Thanh cari Hotel Saigon Pink2 di Malaysia Street. Letak bag dan kami terus ke pasar Ben Thanh.
Jalan-jalan di Ben Thanh Market (tempah baju, bayar & minta hantar direct ke hotel)
Makan tengahari di Restoren Hjh Basiroh
Check in & rehat kat hotel (petang)
Makan malam di Restoren Malaysia
Jalan-jalan Night Market (luar Ben Than) dan kedai-kedai berdekatan. Mak saya beli telekung untuk cenderahati anak dan menantu
(*Info: Night Market Ben Thanh – Selepas tawar menawar, wajib beli. Jika tak nanti kena kejar dengan peniaga)

HARI 2:
Sarapan di restoren berhadapan dengan hotel (Restoren Kampung Melayu).
Naik teksi ke War Remnants Museum
Naik teksi Vinasun ke Notre Dame Basilica & Central Post Office
Jalan Kaki ke Diamond Plaza (Late lunch) kemudian ke Hard Rock Café di mPlaza Saigon
Jalan kaki Union Square (UBNB) dan ke Taka Plaza
Naik teksi balik ke Hotel. Rehat
Makan Malam awal di Restoren Hjh Basiroh
Jalan kaki ke Saigon Square 1 mall & mall sebelahnya (jualan barangan kulit). Sekarang ni saya dengar ada Takasyimaya Mall Vietnam, lagi besar mall kat situ. Kami singgah Ben Thanh Night Market sebelum pulang ke hotel.
(Balik hotel, baju tempahan dah dihantar. Jahitan ok, puas hati.) Packing bag & tidur

Hari 3:
Sarapan di restoren sebelah hotel (Hj Mansour Restoren)
Last jalan2 di Benh Thanh
Tengahari check out hotel (tapau makanan kat Kampung Melayu Restoren) dan terus ke airport menaiki teksi (makan & solat belakang kerusi di airport)
Flight dari Tan Soon Hat Airport ke KLIA2