Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan mengadakan sesi taklimat Technology Update Hewlett Packard(HP) and Trend Micro seperti butiran berikut :
Tarikh | 6 November 2019 (Rabu) |
Masa | 9.00 am – 12.30 pm |
Tempat | Bilik RUCKUS, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru |
Pelbagai komputer, komputer riba, mesin pencetak, mesin fotokopi dan perisian antivirus dengan teknologi terkini akan dipamerkan/diketengahkan semasa taklimat ini.
Sehubungan itu, seluruh warga UTM adalah dijemput hadir. Kehadiran akan direkodkan dalam sistem UTMSmile.
Semoga kehadiran dan komitmen Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan dalam sesi taklimat ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian. Terima kasih.
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi,
Universiti Teknologi Malaysia.
HUBUNGI KAMI
Sistem : http://aduan.cict.utm.my | Emel : aduit@utm.my | No telefon : 07-5532136/ 018-2773001
~ Ini adalah emel pemberitahuan. Anda tidak perlu menjawab atau emel kepada crmcict@utm.my. Segala aduan atau pertanyaan boleh dibuat menggunakan emel aduit@utm.my.~