MCO Info for Staff (2)

with No Comments

MEREKOD LOKASI KEBERADAAN STAF DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MELALUI KAEDAH GPS CHECK-IN MENGGUNAKAN APLIKASI UTMSMART

 

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Y.Bhg. Prof./Prof Madya/Dr./Saudara/Tuan/Puan/Encik/Cik,

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil 9/2020 bertarikh 20 April 2020 telah bersetuju supaya semua staf aktif di UTM merekod lokasi keberadaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan kaedah GPS Tracking melalui Aplikasi UTMSmart. Lokasi keberadaan perlu direkod pada setiap hari bekerja.

Bagi staf yang tidak mempunyai kemudahan smart phone untuk merekod lokasi melalui aplikasi UTMSmart, staf adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan lokasi keberadaan kepada Ketua Jabatan melalui kaedah lain seperti emel, sistem pesanan ringkas atau telefon.

Arahan ini berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh PKP sahaja.Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Panduan yang disediakan.

 

Sekian, terima kasih.

Jabatan Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia