PEMAKLUMAN PROSES PERMOHONAN MASUK KAMPUS PASCA PKP / NOTICE ON THE LATEST APPLICATION PROCESS TO ENTER CAMPUS DURING POST-MCO
Selaras dengan penguatkuasaan Panduan Bekerja Pasca PKP yang telah dimaklumkan melalui Pekeliling Bil 31/2020 Pemakluman Pemakaian Panduan Bekerja Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi Staf Universiti Teknologi Malaysia. Berkuatkuasa 13 Mei 2020 semua kehadiran ke kampus, sama ada atas arahan Ketua Jabatan atau permohonan staf sendiri, hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan pergerakan staf melalui Portal MyUTM.
Bagi perkhidmatan umum Universiti, permohonan perlu disokong oleh pegawai pengesah Gred 41 ke atas dan seterusnya kelulusan oleh Ketua PTJ atau mana-mana pegawai pelulus lain yang dinamakan oleh Ketua PTJ.
Bagi perkhidmatan perlu (essential services), permohonan perlu disahkan/disokong oleh pegawai pengesah yang telah ditetapkan dan seterusnya kelulusan oleh Pegawai Pengurusan Universiti yang telah ditetapkan mengikut jenis perkhidmatan perlu.
Permohonan pergerakan ke kampus perlu dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh masuk ke kampus dan terhad kepada permohonan mingguan bagi setiap satu permohonan. Panduan Keluar Masuk Kampus Pasca PKP serta penjelasan lanjut berkaitan proses permohonan hadir ke pejabat Pasca PKP melalui Portal MyUTM, kaedah merekod pergerakan/keberadaan di pejabat/kampus menggunakan aplikasi UTMSmart dan Kaedah Merekod Kehadiran Dalam Tempoh Pasca PKP yang berkuatkuasa mulai 13 Mei 2020. Semua panduan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan https://registrar.utm.my/panduanpkp/
Semua staf diminta mematuhi semua panduan ini. Dengan kuatkuasa panduan keluar masuk kampus terbaharu ini, panduan keluar masuk kampus terdahulu yang telah dikeluarkan pada 9 April 2020 adalah DIBATALKAN.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
22 Mei 2020