Akhirnya… Dalam kecelaruan pandemik cov19 yang tidak menentu tarikh PKPB dan kawasan yang disekat dari orang luar masuk ke kawasan tertentu. Alhamdulillah, 28 – 30 Ogos 2020 berjaya juga sampai ke Pulau Redang. Ini pertama kali kami ke pulau di Terengganu dan sebenarnya tiada perancangan / bucketlist tetapi rezeki dapat tiket murah AA Jhb-Kul (RM40) dan Kul-KT (RM40) return sehala. Minta tolong Mira tempahkan tiket feri ke Redang dari Jeti Syahbandar. Kami tak pilih naik feri dari Jeti Merang sebab nak shopping di Pasar Payang, Kuala Terengganu.
Day 1 (28 Ogos 2020): Flight kami dari Johor Bahru ke KL dan kemudian ke Kuala Terengganu berjalan seperti biasa, no delay! Syukur sebab kami nak kejar feri di Jeti Syahbandar, kami naik Grab dari airport Kuala Terengganu. Melalui bawah jambatan baharu yang cantik, tak sempat nak berhenti dan naik atas jambatan. Alhamdulillah, dapat beli tiket Feri jam 3.00 petang jadi ada masa untuk solat & makan tengahari + shopping sikit di Pasar Payang. Kami pilih menetap di Dahlia Redang (RM90/mlm) yang berhampiran dengan kampung supaya mudah mendapatkan makanan dengan harga yang lebih murah. Kami sewa moto RM60/sehari untuk bergerak ke sekitar pulau.
Day 2 (29 Ogos 2020): Awal pagi kami bangun dan solat subuh di masjid Pulau Redang. Kemudian kami menaiki motor untuk menikmati sunrise bersebelahan Taaras Beach. Kami breakfast di kedai berdekatan dan kemudian Miza ada kuliah sehingga 1.00 tengahari. Aktiviti jam 2.00 petang di Pulau Redang – Snorkeling & Island Hopping (RM250 En Jep 0189694140) & motor ride >> Jalan-Jalan Cari Makan & sunset di sebelah Taara Beach Redang. Makan malam bungkus sahaja sebab nak packing barang
Day 3 (30 Ogos 2020): Seawal jam 6.30 pagi kami dah berada di jeti Redang untuk menaiki feri jam 7.00 pagi ke Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Kami sempat shopping di Pasar Payang dan poslaju 1 kotak barang melalui Pejabat Pos dengan caj RM20 sahaja. So, lega la kami balik naik flight tak perlu angkut barang banyak.
Enjoyable days in Redang, panjang umur kami akan ke Pulau Perhentian pulak lepas ni, inshaAllah. Sila skrol ke bawah, biar gambar berbicara… 🙂