Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Adakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi segala bentuk ujian? Bagaimanakah cara kita menghadapinya? Tepuk dada tanya iman.
Allah S.W.T berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 153)
Saat kebimbangan dan kegelisahan melanda di jiwa, maka sabar dan solatlah jalan terbaik yang wajib kita lakukan. Bergantung harap hanya kepada Allah dalam sebarang situasi dan keadaan. Manusia itu hanyalah perantaraan sahaja. Hakikatnya hanya Allah swt yang mengutuskan bantuan dan pertolongan itu.
Berzikirlah ketika dalam kegusaran:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Lā haula wa lā quwwata illā billāhil ‘aliyyil azhīmi. Maksudnya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha tinggi lagi Maha agung.”
Jadikanlah juga sabar dan solat itu sebagai penolong kita dalam menghadapi kegusaran hidup. Sesungguhnya setiap ujian yang datang itu tandanya Allah sayang,