Travel sickness vs MCO 2021

with No Comments

MCO datang lagi tahun 2021. Rindu nak pergi travel semakin menebal (rasa nak daki gunung dan jerit kuat2). Planning visit few places on 2021, all cancel! Terpaksa duduk rumah dan WORK FROM HOME. Life is so cruel lately because of pandemic cov19. Am i stressed? ya la.. stress jugak duduk rumah. Bosan sebab hari-hari makan, baring & pusing keliling dalam rumah sahaja. Tak boleh guna meja kecil, maka order few barang IKEA for setup small office area. Order kerusi gaming sebab selesa, walaupun harga RM480.00 demi elakkan sakit belakang, biarlah berbelanja lebih sedikit. Sangat selesa dan puas hati. Ada banyak masa untuk drama korea dan chinese di rumah via iQiY sebab tak boleh keluar ke mana-mana. Cukuplah sebulan lebih kat kampung, bersedia untuk hadir ke pejabat ikut jadual.

Urusan kerja berjalan dengan lancar WFH ni, mesyuarat pun secara online. Kena banyak bersabar dengan dugaan pandemik ni. Tak boleh nak overthinking sangat pasal kerja dan kemahuan hati nak travel atau bercuti kat pulau dan pantai. Sentiasa pujuk hati dan penuhkan dengan aktiviti ibadah, membaca dan video call bersama orang tersayang.

Dr Rozanizam (pakar psikologi) advised in his twitter: But as human we should be calm. Bila datang overthinking mood dalam versi “what-ifs”, Tarik nafas, be mindful.

“..Apabila kamu ditimpa sesuatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Kalau saya tadi berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan terjadi begini dan begitu’..tetapi katakanlah, ‘Ini sudah takdir Allah dan apa dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan. Sesungguhnya perkataan ‘kalau’ akan membukakan jalan syaitan.” (HR Muslim)

i feel like most of my problems could be solve by trip to anywhere. What i’m gonna do when MCO2 ended? Tempah tiket flight sebab Air Asia akan buat SALE gila2. Bersedia juga masa fly tu akan berubah-ubah. (Pujuk hati lagi..)