Salam Nuzulul Quran. Seronoknya bila kita dapat berulangkali membaca Al-Quran. Pahalanya bukan sahaja besar, namun kita juga beroleh ketenangan dan diberikan kesihatan secara rohani serta fizikal kita.Pagi tadi, Tok Abah sempat pesan semasa live, “kita kena sentiasa pastikan diri kita dekat dengan Al-Quran.”Seorang pengkaji Al-Quran bernama Mohd Kahel pernah melakukan penelitian peribadi dengan cara menyemak bacaan ayat suci Al-Quran beberapa jam setiap hari. Setelah setahun, beliau menemukan manfaat ini secara saintifik:
1. Bertambahnya sistem imun dalam tubuh.
2. Meningkatkan kemampuan kreativiti dan sentiasa berinovasi.
3. Meningkatkan daya fokus yang penuh.
4. Meredakan penyakit bertahun-tahun yang dialaminya.
5. Menambah ketenangan jiwa.
6. Menghilangkan rasa gugup.
7. Membuat minda dapat berfikiran rasional.
8. Menyembuhkan masalah mudah pitamnya.
9. Mempertajam kemampuannya dalam membuat keputusan.
10. Menghindari kegusaran dan kerisauan jiwanya.
Ini baru 1 orang pengkaji. Apa kata 3 juta sahabat Tok Abah di sini ambil manfaat yang sama. Buat kajian seperti Mohd Kahel ni. Tentu ada 3 juta kesan dan cerita berbeza asbab dari sebuah Al-Quran yang kita sayangi ini.Maka, sempena Nuzul Al-Quran ini, rapati dan pegang erat kitab ini. Moga hari baik di bulan penuh kemuliaan ini, kita baca dan tadabbur Al-Quran dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.Semoga amal kita diangkat ke langit dan mendapat keredhaan-Nya ya. In shaa Allah.
Credit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah FB