Program RDCI Weeks FABU 2022

with No Comments

Berpindah ke Fakulti merupakan pengalaman pertama saya apatah lagi ditempatkan di bawah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) bidang Penyelidikan? 0 pengetahuan dan cuba mempelajari pelbagai perkara baharu. Adik saya Lokman pernah maklumkan sebelum ini, “Research ni banyak buat program ngah, ko mesti busy”.  Ternyata benar… saya telah dilantik sebagai Sekretariat untuk program RDCI Weeks FABU 2022 membantu AJK dalam penyediaan surat menyurat, tempahan dan lain-lain.

Program anjuran Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) ini pada 27 hingga 29 September 2022. Perkongsian pengalaman para penyelidik UTM (terutamanya staf akademik FABU) dalam beberapa sesi yang ditetapkan. Banyak perkara saya pelajari dan ambil tahu tentang penyelidikan di UTM.  Pengurus Penyelidikan FABU, Dr Syed Muhammad Rafy banyak memberi maklumat dan membantu saya faham tentang penyelidikan di FABU. Thanks boss!!

Ini pengalaman baharu buat saya dan bersyukur dengan program ini saya telah mengenali sebahagian Pensyarah-Pensyarah hebat FABU. i’m happy!