VOIP

with No Comments

Baru-baru ini seluruh warga kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah menerima emel pemakluman oleh pihak UTMDigital tentang pelaksaan  sistem Voice Over IP (VoIP) bagi menggantikan sistem telefon sedia ada (sistem PABX). Ada juga saya mencuba chat dengan staf UTM tetapi tiada balasan. Mungkin sistem belum lagi beroperasi dan peringkat cubaan lagi.

Link pemakluman fasa pelaksanaan dan pengaktifan Sistem VOIP boleh dirujuk di  Pemakluman Fasa Pelaksanaan dan Pengaktifan sistem VoIP UTM | UTMDigital ia juga boleh dicapai melalui web UTMDIGITAL di UTMDigital | Department of Digital Services

Apa itu VOIP? VoIP adalah singkatan kepada Voice Over Internet Protocol, atau dalam ayat mudah adalah telefoni service melalui Internet.  Jika anda telah mempunyai sambungan internet di kediaman/premis/pejabat, anda boleh menggunakan VoIP.  Dalam dunia komunikasi era sekarang kebanyakan system telah menggunakan Internet Protokol (IP) . Dalam kerja-kerja harian kita banyak telah di permudahkan oleh penggunaan ICT iaitu IP. Contoh mudahnya adalah youtube/facebook/email dan lain-lain.

Tidak terkecuali juga komunikasi suara atau panggilan telefon kita pada masa kini telah berubah kepada dunia IP. Apa yang berlaku kepada VoIP adalah system/machine/device akan menukarkan analog phone signals kepada digital signal untuk dihantar melalui Internet.  Proses penukaran analog phone signal dari suara kita kepada digital boleh dilakukan melalui beberapa cara iaitu melalui ATA (Analog telephony adaptor), IP Phone sambungan terus.

(Kredit sumber: http://myvoip-services.blogspot.com/2010/12/apa-itu-voip-service.html)

 

UTMDIGITAL akan mengadakan roadshow secara online tentang penggunaan VOIP ini seperti jadual berikut: