29 Februari 2024 jam 6.40 petang; Innalillah hi wainnailaihi roji’un.. ila arwahi Hajjah Masitah binti Haji Omar, alfatihah..
Pemergian yang dikasihi Makngah (adik abah) yang tersayang. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir usai saya dan bonda menziarahi beliau di Hospital Temenggong Ibrahim, Kulai. Kemudian saya dan adik Lokman bergegas terus ke Felda Bukit Ramun menunggu jenazah dan membaca surah2 al-Quran sehingga 2.30 pagi. Balik ke teratak Bonda tidur dan keesokkan selepas solat subuh kami bergerak ke masjid untuk solat jenazah dan terus disemadikan awal pagi di tanah perkuburan. Kadang-kadang Allah SWT menjentik hati kita supaya senantiasa beringat akan sesuatu yang wajib kita percaya iaitu kematian & kehidupan setelah mati (alam barzakh) sebelum hadirnya hari pengakhiran (kiamat). Di kala ini doa anak-anak yang soleh & solehah diperlukan supaya membantu ibubapa mereka.
Sudahkah anda berdoa hari ini untuk ibubapa yang telah tiada (meninggal dunia)? Allahumaghfirlahum warhamhum waafihi wa’fuanhum. Jangan berhenti berdoa, membaca Al-Quran, bersedekah & ibadah / kebaikan yang mungkin sedikit sebanyak membantu ibubapa kalian (seksaan kubur). Sesungguhnya kehidupan di alam Barzakh itu sesuatu yang pasti. Bantulah ibubapa kita selagi hayat kita masih ada. Segala kebaikan dan perkara kebajikan yang mereka lakukan dahulu semasa hidup di dunia akan didatangkan dalam bentuk kebaikan tidak kira sama ada kecil mahupun besar. Walaupun kebaikan dilakukan itu hanyalah sekadar memberi minum seteguk air kepada orang yang memerlukan tetapi pahalanya amat besar di sisi Allah SWT.
Marilah kita sama-sama mengambil peluang kehidupan sementara di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan menghindarkan diri daripada kemaksiatan kepada Allah SWT.