Syukur alhamdulillah diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Memilih untuk berjuang dan mengubah diri memerlukan kekuatan dan semagat. Andai jatuh tersungkur, bangun semula walaupun bertongkat. Air besar sampan tak akan hanyut, tetap sabar dalam apa jua, usaha lagi hingga suatu masa pastinya kita capai apa yang dikehendaki. Redha Allah swt agar diampuni atas kesalahan lalu, diberikan ketenangan hati, dikurniakan kesihatan akal fikiran dan tubuh badan sepanjang Ramadan tahun 2024 ini. Semoga tetap tenang dalam ‘perjuangan’ ini. Iana tidak akan berakhir kecuali kita dipanggil ilahi.
Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini menimbulkan banyak persoalan… sudahkan kita bertaubat? Cukupkah kita mohon keampunam Allah? Terawihnya masih lompong atau penuh? Ibadah berkali ganda sudah cukup? Sudahkah anda bersedekah hari ini? Berapa banyak doa yang telah kita mohon? Andai ada yang masih lagi kita belum penuhi, usahalah di akhir-akhir Ramadan ini. Allah Maha Mengasihani kita sebagai makhluknya. Semoga Ramadan kali ini bukan yang terakhir buat kita. Perbanyakkanlah mohon keampunan Allah swt, tingkatkan amal ibadah dan senantiasa berbuat kebaikan sesama makhluk. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Taqabballahuminna wa minka… ~27 Ramadan 1445H