SEMINAR IMEJ 360 “Eksklusifkan Dirimu”

with No Comments

Seminar Imej 360 saya dan 3 orang teman yang lain di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam Selangor pada Sabtu, 7 April 2018. Seminar ini telah dianjurkan oleh Syarikat StyleSense Solutions Sdn. Bhd. dengan modul “Bagaimana Menjadi Wanita Menarik Dan Eksklusif”.  Seminar ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang imej dengan mengupas topik seperti memadankan personaliti diri dengan penampilan, teknik bergaya mengikut keadaan tubuh dan penggunaan warna untuk menyerlahkan imej diri.

Pada 26 September 2018, dalam Siri Wacana Ilmu yang dianjurkan oleh CICT, saya dan rakan-rakan telah membentangkan perkongsian pengalaman dan ilmu yang kami dapat sepanjang hadir seminar tersebut. Slaid wacana boleh klik di sini:

Slaid Perkongsian Wacana Ilmu

AUDIT IMEJ DAN PERSONALITI DIRI

  • Peserta mengetahui tahap imej sekarang dan keserasian imej tersebut dengan personaliti yang sebenar.
  • Peserta juga dapat mengenal diri dan personaliti untuk menaiktaraf dan mengubah imej diri agar tampil lebih yakin dan eksklusif.

TEKNIK BERPENAMPILAN MENGIKUT KEADAAN TUBUH

  • Peserta diberikan pendedahan tentang punca dan cara untuk menampilkan diri dengan baik dan teknik penampilan bergambar ada dalam buku manual imej yang telah diberikan kepada semua peserta.
  • Peserta dapat mempelajari tentang kesesuaian corak atau jenis pakaian dengan penampilan diri mengikut bentuk badan (kurus/gemuk/tinggi/rendah).
  • Peserta juga diberikan panduan memilih pakaian dan tudung mengikut keadaan tubuh atau bentuk badan. Cara memilih gaya tudung/rambut yang sesuai dengan bentuk muka dan ada sesi bersama jurugaya artis yang bertauliah.

FORMULA PENGGUNAAN WARNA DALAM PENAMPILAN

  • Peserta diberikan penerangan tentang formula penggunaan kombinasi warna yang akan menyerlahkan personaliti diri (skin tone finder, color guide book dan cakra warna).
  • Penerangan tentang kesesuaian warna pakaian mengikut majlis formal/biasa, ketika bertemu individu berpengaruh, kenalan bisnes dan networking.
  • Peserta juga diperkenalkan dengan alat yang praktikal untuk membantu memilih warna alat mekap yang sesuai dengan warna kulit.

360 pic

[Speaker: PUAN MARY (GURU IMEJ/PERUNDING IMEJ)]